Thursday, March 09, 2023

KESAN JIKA TAN SRI MUHIYIDDIN DIDAKWA DI MAHKAMAH

KESAN segera, jika Tan Sri Muhiyiddin Yassin didakwa di Mahkamah, adalah bercuti atau meletakkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu.

Tindakan ini dilakukan, kerana tidak mahu mencontohi parti-parti lain, walaupun pemimpin didakwa/dibicara kekal dengan jawatan parti.

Pagi ini, Tan Sri Muhiyiddin hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, dan sehingga kini, belum ada makluman apa kah maksud kehadiran tersebut, walaupun lazimnya, keadah sedemikian biasa digunakan agensi itu sebelum menghadapkan suspek ke mahkamah.

Pemimpin PN menganggap jika Pengerusi parti itu didakwa di mahkamah, adalah persiapan bagi parti-parti kerajaan menghadapi PRN di 6 negeri di Semenanjung, iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah,Kelantan dan Terengganu.

Mendakwa Muhiyiddin bertujuan agar pengundi kaum melayu berpaling tadah daripada PN, kerana hanya itu caranya, di mata parti PH dan BN boleh menembusi kawasan-kawasan majoriti kaum melayu.

Persoalannya berkesan kah tindakan ini? kerana terbukti pada PRN Melaka dan Johor, Umno menang besar, sekalipun Presiden parti itu turun naik mahkamah.

Jika Muhiyiddin didakwa kerana sumbangan pada parti politik, maka membuka jalan bagi mana-mana parti di negara ini yang mendapat dana daripada sumbangan, para pemimpin mereka juga mendepani keadaan yang sama.

No comments:

Blog Archive