Saturday, March 18, 2023

KEMUDAHAN ASAS ITU TANGGUNGJAWAB NEGARA

PENYEDIAAN kemudahan asas rakyat sepenuhnya tanggungjawab mana-mana negara. Kerana tanggungjawab itu, maka negara mengutip cukai.

Kemana kah perginya cukai yang dikutip itu? pertanyaan ini, bukan sahaja pertanyaan penulis, mungkin mereka yang juga ada pengalaman seperti penulis.

Nilai bagai mana rupa jalan-jalan raya, bagai mana bekalan air, bagai mana bekalan elektrik. Jika tiga serangkai kemudahan ini diaf, mencerminkan mundurnya sesebuah negara. Mundur, atas sebab rendahnya kutipan cukai, atau hasil rendah.

Apa pula yang berlaku jika kutipan cukai/hasil tinggi, akan tetapi tiga serangai kemudahan asas itu daif?

Negara atau negeri ada kerajaan. Kerajaan ada kakitangan. Pemimpin Kerajaan menentukan hala tuju, kakitangan melaksana. Semua mereka ini ada gaji. Gaji daripada cukai dan kutipan hasil.

Di Sabah jika markah antara 1-10, bagi semua kemudahan asas, penulis memberi markah 4, markah gagal.

Mengapa kemudahan asas bagi Sabah bermarkah gagal? Jangan salahkan kerajaan kerana kerajaan sudah sediakan peruntukan.

Siapa yang dipersalahkan? Jawapannya oknum-oknum dalam pelaksanaan, pihak-pihak tertentu yang berkolaborasi sakau peruntukan, contohnya isu RM1.5bilion peruntukan daripada kerajaan untuk menaik taraf kemudahan asas khususnya luar bandar di Sabah, habis begitu sahaja, yang dinaik taraf tiada perubahan malah semakin teruk.

Rakyat marah pada kerajaan kerana kemudahan asas daif, tidak dapat dielak, sebab sesuai dengan erti peribahasa, kerana setitik nila susu sebelanga rosak, kerana se ekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

Penulis terbaca, satu laporan, menteri merayu pada kakitangan kerajaan, supaya menjawab panggilan telepon untuk nombor aduan yang disediakan oleh sesebuah jabatan. Sampai begitu sekali, teruknya dipihak pelaksana.

Mengapa boleh berlaku sehingga seorang menteri terpaksa merayu pada kakitangan kerajaan? Sedangkan mereka ini barisan hadapan bagi pihak kerajaan? Atau mungkin mereka tiada keupayaan menjawab/melayan rungutan rakyat? Kerana aduan yang diterima, apapun jawapan/alasan yang diberi, tidak juga dapat menjawab atau menyelesaikan masalah yang jadi rungutan.

Di negara kita ini, ada dua keutamaan. Keutamaan politik dan keutamaan kepentingan rakyat. Kerana kerajaan ditentukan menerusi kuasa politik, maka pemimpin memilih kepentingan politik menduduki urutan atas, selepas itu baru kepentingan rakyat.

Kerana kepentingan poltik menduduki urutan utama, maka kerap berlaku perubahan kerajaan.

Sesebuah kerajaan ditolak rakyat, kerana ada parti politik baharu berjanji jika diberi mandat maka akan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat. Apabila diberi mandat tidak juga menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat, kerana pemimpinnya mengutamakan politik untuk mempertahankan kedudukan masing-masing. Apabila muncul parti baharu, maka akan berjanji lagi, diberi mandat pula, apabila gagal melaksanakan apa yang dijanjikan rakyat tolak lagi, demikian lah kejadian di Sabah, apabila telah berlaku pergantian kerajaan sebanyak 6 kali selepas merdeka. Walaupun 6 kerajaan yang berbeza, masalah kemudahan asas tidak juga berjaya diselesaikan. Malah baharu-baharu ini, penulis terbaca, ada cadangan menswastakan bekalan air di Sabah sebagai satu penyelesaian kemudahan asas itu.

No comments:

Blog Archive