Sunday, March 19, 2023

GAGASAN RAKYAT BUKAN HANTU

KALAUPUN gagal menumbangkan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri dan kerajaan yang beliau pimpin, berhenti lah membuat berbagai dakwaan terhadap parti yang beliau terajui Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Adalah kelaziman, mana-mana parti baharu, mereka yang memohon ahli, samada daripada ahli-ahli parti-parti  sedia ada dan keluar daripada parti masing-masing atau daripada mereka yang tidak berparti.

Tiada undang-undang menyekat mana-mana ahli sesebuah parti bertukar platform perjuangan, kerana ianya sudah menjadi asam garam dalam arena demokrasi.

Di Sabah, semua parti politik, tiada satupun hanya mempunyai ahli daripada mereka yang tidak pernah menyertai mana-mana parti, melainkan keahlian sesebuah parti adalah campuran daripada dua kategori itu.

Memang benar, tiada jaminan sesebuah parti yang dikerumuni pemimpin politik yang bertukar platform perjuangan mendapat mandat rakyat pada pilihan raya, kerana ianya sangat bergantung kebolehan pemimpin yang bertukar platform itu membawa bersama para penyokong.

Untuk melihat apa kah para pemimpin yang bertukar platform itu dapat membawa para penyokong mereka hanya dapat dilihat menerusi pilihan raya.

Bagi mereka yang mengamati perjalanan/perkembangan politik Sabah, sudah tentu telah menerima haikat, mana-mana pemimpin yang mengubah platform perjuangan ramai yang dapat membawa penyokong dalam platform baharu.

Fakta PRU-14 dan PRN-16 Sabah, membuktikan pemimpin yang menggunakan platform baharu masih mendapat mandat setidak-tidaknya di kawasan tradisi masing-masing.

Pada PRU-15 juga, telah dibuktikan, mereka yang mengubah platform perjuangan, masih ada yang kekal mendapat mandat rakyat di kawasan yang ditandingi.

Jikapun alergi atau phobia pada Gagasan Rakyat, atas sebab kecenderungan ramai pemimpin di semua peringkat daripada parti yang dipimpin oleh pemimpin parti yang alergi dan phobia itu bertukar platform perjuangan dengan menyertai baharu itu, jangan lah menjadi peramal ulung, bahawa parti baharu itu bakal ditolak rakyat, hanya kerana, menerima pemimpin dan ahli daripada parti lain.

Pemimpin politik kena menerima hakikat, jika kepimpinan mereka ditolak, maka parti yang mereka pimpin juga ditolak.

Penolakan rakyat bukan terjadi sekelip mata, akan tetapi telah terbina mengikut masa, dan akhirnya rakyat tidak lagi mempertahankan pemimpin atau parti yang pernah disokong atas sebab pemimpin dan parti itu tidak lagi mewakili aspirasi dan tidak mampu membawa harapan rakyat.

Kedudukan kerajaan negeri Sabah yang kukuh, kerana disokong 2/3 ADUN, sepatutnya tidak perlu dikritik, sebaliknya perlu disokong, kerana kerajaan sedemikian dapat mengatur semua perancangan untuk memajukan rakyat dan membangun negari dengan lancar dan licin. Selain itu, menjadi tarikan pelabur luar Sabah untuk datang, kerana adanya kestabilan politik.

Sangat jelas, sokongan pada kerajaan GRS yang diterajui Parti Gagasan Rakyat, membuktikan bahawa parti baharu yang dipimpin Ketua Menteri Sabah itu, bukan hantu, akan tetapi sebuah parti yang boleh menjadi sandaran rakyat Sabah.

No comments:

Blog Archive