Thursday, February 23, 2023

POTENSI KUTIPAN HASIL SABAH MENJELANG TAHUN 2025

JIKA momentum kutipan hasil negeri berterusan seperti antara Tahun ke Tahun (2021-2022) yang berkadar 28 peratus, daripada RM5.449 kepada RM6.96 bilion, maka menjelang tahun 2025, kutipan hasil tahunan boleh melepasi angka RM12 bilion.

Kutipan hasil sebesar angka ini, boleh digambarkan bahawa potensi negeri yang meliputi alam semulajadi, hasil bumi, juga hasil perindustrian dan pertanian, setidaknya dapat diterokai, kesan strategi kerajaan menerusi visi Sabah Maju Jaya.

Komitmen kerajaan negeri di bawa kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sangat tinggi, terutama yang berkaitan aktiviti perekonomian negeri.

Aktiviti ekonomi sesebuah negeri akan menjadi rancak apabila tingginya kemasukan pelaburan, atau tingginya pelaburan negeri pada sektor-sektor yang berpotensi meningkatkan hasil negeri seperti pelaburan dan sektor minyak dan gas, peladangan/pertanian dan pelancongan, selain industri pembuatan.

Semakin tumbuhnya perekonomian sesebuah negeri, maka membuka peluang pekerjaan dan perniagaan pada rakyatnya. Pada gilirannya, pendapatan meningkat terutama disposible income.

Cabaran kerajaan negeri adalah mengejar pendapatan perkapita negara, kerana pendapatan perkapita rakyat Sabah hanya lebih separuh berbanding pendapatan perkapita negara.

Dengan berkembang majunya perekonomian Sabah di masa hadapan, diharapkan jurang pendapatan perkapita rakyat negeri ini dengan kebangsaan semakin berkurang.

Apa yang diperlukan, untuk memperlancar sebarang usaha kerajaan, adalah kestabilan politik yang mengwujudkan kerajaan yang kukuh.

Ada lah tidak benar, sesebuah kerajaan yang mahu memperkukuh kedudukan kerana hanya untuk kuasa, kerana hakikatnya kuasa yang kukuh, ada lah bertujuan memperlancar fungsi dan perjalanan pentadbiraan.

Dakwaan sesetengah pemimpin yang gagal merebut kuasa, bahawa Hajiji memperkukuh kedudukkan dengan membeli sokongan, hanya lah politik murahan mereka yang gagal tersebut.

Mereka yang menyokong itu menilai kepemimpinan Hajiji yang bermatlamat jelas, iaitu untuk rakyat dan negeri.

No comments:

Blog Archive