Friday, February 03, 2023

DANA POLITIK: JANGAN AMBIL TUKUL PUKUL KEPALA SENDIRI

SEKIAN lama penulis mengikuti perkembangan perjalanan parti-parti dalam negara, hanya pada awal tahun ini, penulis terbaca LAPORAN AUDIT sebuah parti dihebahkan secara umum.

Penulis memerhatikan, setiap pilihan raya, banyak parti terlihat berbelanja besar, poster, bendera, billboard besar, pentas ceramah, pemimpin menggunakan helikopter bergerak dari satu tempat ke tempat lain, akan tetapi, apabila pada mesyuarat Agung parti itu, pendapatan parti pada tahun diadakan pilihan raya cukup sedikit, hanya cukup-cukup membayar utiliti, sewa pejabat dan untuk pekerja-pekerja am parti.

Penulis sedar, semua parti politik negara ini menggunakan teknik hanya melaporkan pendapatan sedikit, tidak melibatkan perbelanjaan sebenar.

Apabila ada parti membuat laporan pendapatan beraudit dengan melaporkan pendapatan sebenar, maka MENJADI SENJATA makan tuan, apabila pihak LAWAN meminta daripada mana parti mendapat sumbangan, siapa mereka yang menyumbang, yang paling malang lagi dikaitkan dengan wang kerajaan yang dibayar pada syarikat-syarikat yang berurusan dengan kerajaan.

Apabila ada laporan polis, maka SPRM pun, tiada pilihan melainkan membuat kertas siasatan. Apabila kertas siasatan dibuat, tindakan pertama adalah pembekuan akaun. Apabila akaun dibeku, maka kegiatan parti politik itu bukan sahaja terganggu, akan tetapi boleh menjadi lumpuh.

Di negara kita tiada undang-undang yang melarang mana-mana pihak menyumbang untuk tujuan dana politik. Oleh kerana tiadanya larangan tersebut, mereka yang berlawanan dengan sesebuah parti hanya boleh mengetahui siapa penyumbang. Para penyumbang ini lah yang bakal mempunyai masalah, apa tah lagi jika penyumbang ini adalah syarikat-syarikat yang berurusan dengan kerajaan.

Apabila tiada undang-undang melarang sesiapa sahaja atau syarikat-syarikat menyumbang untuk dana politik, maka apa yang boleh dibuat pihak yang berlawan dengan parti politik tertentu adalah untuk menimbulkan presepsi, bahawa parti tertentu itu, salah guna kuasa rasuah dengan memberikan kontrak-kontrak kerajaan, dengan syarat, syarikat-syarikat yang mendapat projek/kontrak perlu memberi sumbangan sebagai dana politik.

Di pihak parti yang mendapat sumbangan tiada kesalahan apapun, tidak melanggar mana-mana undang, akan tetapi, jika penyumbang membuat kenyataan/pengakuan, menyumbang kerana terpaksa atau sebagai syarat mendapat kontrak, ini lah yang bakal dikejar SPRM.

Bagi parti politik, menerima sumbangan daripada mana pun, bukannya tugasnya menjelaskan atau menyelidiki sumber dana tersebut, kerana nama juga parti politik, organisasi sukarela, yang tentunya mendapat pendanaan daripada awam.

Pada rakyat negara ini, jangan sama sekali terpesong berkaitan pendanaan politik pada sesebuah parti, kerana ianya bukan berkaitan individu atau perorangan, tidak sama dengan kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh beberapa pemimpin, yang membabitkan peribadi.

Jika sesebuah parti kelihatan berbelanja besar pada pilihan raya, tidak akan dapat dapat dibuktikan selagi parti itu tidak melaporkan pendapatan beraudit mengenainya. Mungkin atas sebab itu, berdekad lamanya, parti-parti yang aktif dalam negara, walaupun kenampakan mempunyai wang banyak semasa pilihan raya, akan tetapi dalam akaun parti itu, hanya cukup-cukup untuk tujuan pentadbiran harian.

Rupanya, di negara ini, apabila sesebuah parti mengamalkan ketelusan berkaitan sumbangan dana politik, berhadapan dengan keadaan mengambil tukul memukul kepala sendiri.

KINI terjawab mengapa wang beratus juta didapati dalam simpanan pemimpin selepas PRU-14, walaupun ada pihak meroyan,mengapa wang tersebut tidak dimasukkan dalam akaun parti,jika memang milik parti..tujuannya mengelak mengambil tukul pukul kepala sendiri. Fikir-Fikrkan.

No comments:

Blog Archive