Tuesday, January 10, 2023

SIDANG KHAS DUN SABAH: ADUN WARISAN DAN UMNO PRO BUNG TIDAK HADIR

WALAUPUN dikatakan mereka menyokong dua ENAKMEN pada Sidang Khas Dun Sabah (on gas regulatory power transfer and the formation of Sabah Energy Commission), akan tetapi gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut.

Bung yang mewakili 13 ADUN parti itu, memberi alasan mereka terpaksa terbang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri PAU parti yang bermula pada Jumaat, 13 Januari. Manakala Warisan pula,  TIDAK menyatakan sebarang alasan.

Jika lah ENAKMEN yang di bawa kerajaan tersebut memerlukan sokongan 2/3 ADUN, sudah tentu gagal diluluskan.

Melihat ketidak hadiran kumpulan yang berkomplot menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, nampaknya, mereka tidak dapat menerima hakikat, kedudukan sebenar, walaupun Perdana Menteri telah memberi restu pada Datuk Seri Hajiji Haji Noor meneruskan tugas sebagai Ketua Menteri Sabah.

Penulis melihat adalah “mustahil” bagi Kerajaan negeri menyertakan mereka ini dalam kerajaan, kerana kehadiran mereka, walaupun di luaran adanya KERAJAAN PERPADUAN, akan tetapi secara dalaman mereka ini, akan terus menjadi duri dalam daging, akan terus seperti musang berbulu ayam.

Terpulang kepada mereka 35 ADUN yang menolak Hajiji, untuk terus mesra kerajaan, seperti mana tindakan para ADUN Bersatu semasa kerajaan Sabah dipimpin Shafie, yang tidak menyertai kerajaan. Sokongan mereka diperlukan apabila kerajaan memerlukan sokongan 2/3 di DUN, paling tidak pun urusan kerajaan seperti maksud Sidang Khas Dun Sabah pada hari ini (RUU yang dibentangkan pada sidang khas hari ini hanya perlu sokongan majoriti mudah).

Walaupun mereka itu menyatakan sokongan di luar DUN, akan tetapi tidak tercactit dalam rekod/hansard DUN bahawa mereka juga turut sama menyokong. Boleh sahaja untuk tujuan politik, suatu hari nanti mereka menafikannya.

No comments:

Blog Archive