Tuesday, January 10, 2023

KOMPLOT TUMBANGKAN HAJIJI SATU KESILAPAN POLITIK

DALAM satu mesyuarat para ADUN Umno yang beragenda menumbangkan Ketua Menteri Sabah, untuk digantikan samada oleh Datuk Shafie Apdal atau Datuk Bung Moktar Radin, 5 ADUN parti itu selain tidak bersetuju,juga menolak, juga tidak menandatangani surat akuan bersumpah , akan tetapi proses memujuk diteruskan.

Apabila ada tanda-tanda 5 ADUN tersebut ada kemungkinan membuat pusingan U, maka dijadualkan Sidang Akhbar bersama antara Bung Moktar dan Shafie pada pukul 4.30 petang Khamis 5 Januari 2023.

Pada sidang akhbar tersebut, Bung dan Shafie akan mengumumkan mempunyai jumlah ADUN yang cukup untuk menggantikan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perkiraan meraka adalah ADUN Warisan yang berjumlah 19 bergabung dengan UMNO 18 dan KDM 3, maka cukup majoriti mudah, 40 ADUN daripada 79.

Malangnya selepas menunggu 2 jam, Bung tidak berjaya memujuk 5 ADUN daripada Umno, yang menyebabkan sidang akhbar tersebut bertukar pada jamuan teh untuk pengamal media.

Pada petang itu juga Bung memanggil satu mesyuarat, dan selepas mesyuarat tersebut beliau mengumumkan 13 ADUN Umno menarik sokongan daripada Ketua Menteri Sabah, sambil menyatakan bahawa kerajaan negeri terbubar.

Kenyataan Bung tersebut mungkin bersifat provokasi kerana tidak berpijak pada peraturan dan perlembagaan, kerana terbubarnya kerajaan apabila disokong kurang daripada 50% ADUN, sedangkan kerajaan atau Ketua Menteri masih mempunyai sokongan lebih 50%.

Apabila dalam satu kesepakatan antara dua pihak, jika satu pihak menarik sokongan, akan tetapi tarikan sokongan tersebut tidak menyebabkan satu pihak lagi kehilangan sokongan majoriti mudah, maka tentunya satu pihak yang masih ada sokongan tersebut kekal pada kedudukannya.

Apa yang ironisnya tindakan meninggalkan kawan, dan seterusnya memilih lawan sebagai kawan baru, menimbulkan kecelaruan,kemelut, dan ketidak stabilan.

Kerana tindakan tersebut, bukan sahaja semua pihak kelam kabut, malah Perdana Menteri juga terpaksa turun tangan, menyelesaikan satu tindakan yang pada asasnya tidak perlu berlaku, pendek kata satu kesilapan tindakan politik oleh Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Penulis hanya membaca hibahan media oleh 5 ADUN Umno yang menolak gerakan Bung, dan mendapati, menerusi kenyataan mereka itu, tiada sebab musabab atau alasan konkrit untuk menggantikan Ketua Menteri Sabah.

Selain itu, kenyataan 7 ADUN Pakatan Harapan (PH) dengan jelas menentang/menolak kerajaan pintu belakang, kerana menurut mereka ianya bertentangan dengan keputusan rakyat pada PRN-16 Sabah, sedangkan PH ada lah parti yang bertanding pada PRN tersebut dan menerima keputusan rakyat, bahawa kerajaan Sabah ditubuhkan oleh GRS-BN.

Apabila kerajaan sudah ditubuhkan adalah tanggungjawab semua pihak menyokongnya sehingga tamat penggal. Jika sekiranya salah satu pihak yang diberi mandat tersebut menarik sokongan, itu bukan urusan mereka, sebaliknya untuk memastikan kerajaan dapat meneruskan pemerintahan, dan kerana menurut perlembagaan, seseorang Ketua Menteri perlu sokongan majoriti mudah, maka mereka tampil menyokong agar kedudukan Ketua Menteri tidak tergugat dan kekal mendapat sokongan majoriti di DUN Sabah.

Bermula pada Ahad, 8 Januari, dan 9 Januari semasa Pre-Council Mesyuarat Sidang DUN Khas berkenaan Pengambialihan Kuasa Kawalselia Sektor Tenaga oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 10 Januari, Ketua Menteri kekal mempunyai sokongan 44 ADUN daripada 79 ADUN.

Hasil pertemuan Perdana Menteri dan para  ADUN Sabah pada malam 9 Januari,  membuat kenyataan, bahawa Datuk Seri Hajiji Haji Noor,  kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

2 comments:

Unknown said...

Aura dsai myebabkan pemimpin lain malu alah

Unknown said...

Cukup2lah bermain politik

Blog Archive