Saturday, January 21, 2023

ADA CARA KAH TANGANI KOS SARA HIDUP?

ADA menteri mengeluh, katanya harga bahan mentah telah turun, tetapi harga makanan bermasak tidak turun.

Tidak belajar kah mereka pada rekod berkaitan harga barangan di negara ini? Apabila berlaku kenaikan, tidak akan turun lagi, termasuk lah barangan yang dikawal kerajaan, kecuali diberi subsidi tinggi.

Mungkin barangan pertanian yang mudah rosak, apabila penawaran meningkat kerana keluaran meningkat, boleh turun, pada musim-musim tertentu, akan tetapi, barangan lain yang tidak mudah rosak, mimpi bagi mereka yang mengharapkan harga barang yang telah naik turun semula.

Pandemik Covid-19, telah memberi kesan luar biasa pada kenaikkan harga barang (inflasi berlaku), yang digambarkan seolah-olah nilai wang menurun, kerana pada nilai yang sama sebelum pandemik, tidak lagi boleh ditukar pada barangan dengan kuantiti yang sama semasa dan pasca pandemik.

Kerana ianya berlaku sedemikian, maka kos sara hidup meningkat, kerana pengguna memerlukan wang tunai yang lebih untuk mendapatkan kuantiti barangan yang sama. Masalahnya, disposible income rakyat/pengguna tidak bertambah.

Penulis tidak bermaksud mewakili pengalaman pengguna lain, akan tetapi hanya berpandukan pada pengalaman penulis, sebelum, semasa dan pasca pandemik Covid-19.

Secara mudah, sebelum, wang RM100 boleh ditukar pada 10kg barangan, semasa 8kg, pasca hanya 4kg. Ertinya dalam tempoh 2 tahun, nilai wang berkurang 25 kali ganda, makna kata, jika penulis kekal dengan keperluan 10kg, maka perlu tambahan RM150, supaya disposible income penulis menjadi RM250. Atau dengan disposible income RM100, maka perlu mengurangkan konsumsi hanya pada 4kg. Persoalannya, jika keperluan anggota badan secara idealnya, termasuk perkembangan otak, memerlukan 10kg, maka dipaksa menggunakan 4kg? Maka dengan sendirinya, akan menjawab, what you consumed what you get. Jika diletakkan pada kereta, jika diperlukan 1 liter untuk 5km, maka jika petrol, hanya 250 milimeter, maka hanya sampai di KM 1.25, dan untuk sampai ke KM 5, maka perlu disorong.

Analog sedemikian lah kesan kenaikkan kos sara hidup. Persoalannya, apa yang boleh dilakukan kerajaan? Penulis memperhatikan, sehingga kini, TIADA tindakan drastik, selain MEMANTAU, MENGULAS, MENGELUH.

No comments:

Blog Archive