Friday, December 23, 2022

PARTI-PARTI SABAH ADA MASA DUA TAHUN UNTUK KONSOLIDASI

TAHUN 2025 adalah tahun mesti diadakan pilihan raya negeri ke-17, jika penggal DUN ke-16 Sabah tidak dipendekkan.

Sudah tentu, parti-parti yang mempunyai kerusi di DUN Sabah, mahu mempertahankan kerusi masing-masing, dan mungkin juga ada parti mahu menang sebanyak mungkin kerusi jika boleh melepasi 50 peratus kerusi yang dipertandingkan.

Pada masa ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah parti terbanyak kerusi di DUN Sabah, ertinya gabungan itu adalah parti terkuat berbanding parti-parti lain.

Tidak pasti apa yang akan berlaku semasa PRN-17 Sabah, kerana terdapatnya dua pendekatan politik yang diapungkan, iaitu parti lokal dan dan parti nasional.

GRS telah menjadi parti lokal sepenuhnya pada 10 Disember, sementara parti nasional masih parti yang sama iaitu BN, PN dan PH, sementara Parti Warisan pula adalah parti tempatan yang mahu menjadi parti nasional.

Tidak dapat dinafikan, kecenderungan politik Sabah masih dipengaruhi senario politik nasional, kerana telah dibuktikan pada PRU-15 peringkat parlimen dan juga sebelum ini menerusi PRN-16 Sabah September 2020.

Memang di Sabah ada hasrat mencontohi GPS-Sarawak, terutama oleh GRS. Sejauh mana hasrat parti itu tercapai, hanya ditentukan oleh rakyat Sabah semasa pilihan raya akan datang.

Apa kah nanti dengan hasrat GRS boleh menjadi parti pemersatu semua parti-parti, agar rakyat Sabah tidak diasing-asingkan atau dikelompok-kelompokan lagi, sehingga menjadi punca pada kelemahan?. Nampaknya tidak mudah mencapai hasrat tersebut, apa tah lagi telah berlaku senario politik yang sama sekali baharu hasil keputusan PRU-15.

PH yang kini menerajui Kerajaan Persekutuan, mempuyai wakil rakyat di Sabah baik peringkat parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), demikian juga BN. Memang dua parti itu, tidak bergabung, akan tetapi hanya rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika semua manifesto masing-masing parti yang dicadangkan untuk digabungkan untuk dilaksanakan dan direalisasikan, bakal terwujudlah khemah besar bagi parti-parti PH, BN, GPS,GRS, Warisan dan parti-parti kecil lainnya. Jika ianya berlaku, maka semua parti semasa berhadapan pilihan raya kekal dengan kerusi masing-masing. Dan pada masa itu, mungkin hanya berlaku pertembungan satu lawan satu dengan Perikatan Nasional (PN). Sekiranya ini lah keadaannya, maka kebarangkalian politik negara akan menunju sistem dua parti, dan mungkin masa itu, parti-parti yang menyokong kerajaan perpaduan, akan dinamakan PARTI PERPADUAN NASIONAL (PPN).

No comments:

Blog Archive