Saturday, November 05, 2022

SUHAIMI NASIR PERTAHAN PARLIMEN LIBARAN

71,371 pengundi Parlimen Libaran akan menentukan siapa yang dipilih mewakili mereka.

Bagi mengekalkan tradisi parlimen tersebut terus diwakli Umno, pada PRU kali ini, Ketua Bahagian parti itu bagi kawasan tersebut Datuk Suhaimi Nasir yang juga ADUN di lantik bertanding mewakili Barisan Nasional (BN).
Secara tradisi sejak PRU tahun 1995, parlimen kawasan tersebut menjadi kubu kuat Umno selepas marampasnya daripada penguasaan parti PBS, dan penguasaan tersebut berterusan sehingga PRU-14.

Libaran yang mempunyai 3 DUN, GU-GUM, Sungai Manila dan Sungai Sibuga diwakili Umno, kecuali Gum-Gum parti Warisan.

Pengundi kawasan ini, 70 peratus adalah pengundi bumiputera dan bakinya kaum cina dan lain-lain.

Berasaskan rekod lampau dan senario politik terkini, selain kerjasama politik antara GRS-BN, adalah dijangka Suhaimi mempunyai laluan mudah mempertahankan kerusi tersebut bagi mewakili Sabah di Dewan Rakyat, untuk mencapai hasrat Kerajaan Negeri, #SabahFirst.

Kemenangan calon GRS-BN bagi kawasan Parlimen Libaran bukan sahaja signifikan, akan tetapi salah satu kawasan dijadikan sebagai ayam tambatan bagi Kerajaan Negeri menang sebanyak mungkin kerusi, untuk mencapai misi, Sabah kuat di peringkat Persekutuan.

Kepada YB Datuk Suhaimi Nasir selamat bertanding, dan berikan kami satu kerusi yang sangat berharga. Tahniah.

No comments:

Blog Archive