Saturday, November 05, 2022

MISI SHAHELMEY YAHYA KEMBALIKAN PARLIMEN PUTATAN KE PANGKUAN BN

63,017 pengundi Parlimen Putatan akan menentukan siapa yang dipilih mewakili mereka.

Untuk merampas parlimen tersebut yang sebelum ini ditandingi BN menerusi parti UPKO, diwakli Umno, pada PRU kali ini, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Adun Tanjung Keramat merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah  bertanding mewakili Barisan Nasional (BN).

Secara tradisi parlimen Putatan menjadi kubu kuat BN, akan tetapi dirampas PKR pada pada PRU-14.

Pada PRU kali ini, penyandang kerusi tersebut turut bertanding  menerusi 4 penjuru.

Putatan mempunyai 3 DUN, Tanjung Aru, Petagas dan Tanjung Keramat, dua Dun diwakili parti Warisan, manakala Tanjung Keramat Umno-BN.

Pengundi kawasan ini, 70 peratus adalah pengundi bumiputera dan bakinya kaum cina dan lain-lain.

Berasaskan rekod lampau dan senario politik terkini, selain kerjasama politik antara GRS-BN, adalah dijangka Shahelmey mempunyai peluang tinggi memenangi kawasan tersebut  bagi mewakili Sabah di Dewan Rakyat, untuk mencapai hasrat Kerajaan Negeri, #SabahFirst.

Kemenangan calon GRS-BN bagi kawasan Parlimen Putatan bukan sahaja signifikan, akan tetapi salah satu kawasan dijadikan sebagai ayam tambatan bagi Kerajaan Negeri menang sebanyak mungkin kerusi, untuk mencapai misi, Sabah kuat di peringkat Persekutuan.

Kepada YB Datuk Ir Shahelmey selamat bertanding, dan berikan kami satu kerusi yang sangat berharga. Tahniah.

No comments:

Blog Archive