HANYA pada GE-11, BN (tidak termasuk kerusi Sarawak) pernah menang kerusi melebihi 112, selepas itu, tidak pernah lagi. Pada GE12 dan GE13, sama banyak, iaitu 101, manakala pada GE14, hanya 57.
Lonjakan sebanyak 112 meningkat sebanyak 55 kerusi berbanding PRU-14, ada lah sasaran luarbiasa, apa tah lagi BN Sabah hanya bertanding 12 kerusi, tidak lagi 26 kerusi.
Kebarangkalian BN Sabah termasuk WP Labuan akan menyumbang 9 kerusi, mengulangi keputusan PRU-14. Dengan demikian, BN Semenanjung perlu menang 103 kerusi, satu angka yang cukup besar, malah melebihi pencapaian GE 12 dan GE13.
Pertanyaannya pada GE-15 ini, datang daripada mana tambahan kerusi-kerusi tersebut, sedangkan di Semenanjung pada GE12, G13 dan GE14, parti itu masing masing-masing menang 86,85 dan 48 kerusi.
Dalam senario politik semasa, cukup sukar bagi BN Semenanjung melepasi angka 80. Ertinya sasaran parti itu boleh menang di atas 100 kerusi, bukan sahaja sasaran yang tidak realistik, akan tetapi tidak disokong kecenderungan pengundi.
Mungkin parti itu bersandar pada PRN Melaka dan Johor, maka mengunjurkan sesuatu angka yang tidak pernah dicapai sejak tahun 2003.
Apa kah gelombang sokongan pada BN, melonjak ekoran kekalahan pada GE-14, seperti mana berlaku semasa GE-11, apabila pengundi berpesta, kerana pengunduran Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri?
Dengan berbagai skandal, isu negatif berkaitan parti itu, termasuk para pemimpin utama, kerananya maka pengundi berpesta untuk menyokongnya?
Mungkin sesetengah pemimpin terutama Umno, tidak terfikir mood rakyat, fikiran rakyat, keputusan rakyat, penilaian rakyat, berkaitan kedudukan parti itu.
Jika hanya bersandarkan karenah yang dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), termasuk menyiasat para pemimpin utama Umno, kemudiannya ada yang dipenjarakan, kerana terkait rasuah, salahgunakuasa, maka rakyat terus berbondong-bondong menyokong Umno/BN?, sehinggakan mengunjurkan satu jumlah kerusi yang boleh dimenangi dengan peningkatan luarbiasa, sedangkan masih berlawan dengan parti yang sama!!!.
Tidak terfikir kah Umno/BN, bahawa Perikatan Nasional (PN) merupakan pesaing utama di kerusi-kerusi majoriti melayu, malah mempunyai kecenderungan sokongan yang terus menaik dari sehari ke sehari.
Bagi penulis, tidak salah mempunyai keyakinan, akan tetapi keyakinan juga perlu mengukur baju dibadan sendiri. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment