Thursday, November 10, 2022

BN SASAR MAJORITI BENTUK KERAJAAN BUKAN BERGABUNG

KECUALI pada PRU-11, BN ( tidak termasuk kerusi negeri Sarawak), pernah menang majoriti, dan gagal pada 3 PRU berikutnya, dan yang terburuk adalah pada PRU lalu, apabila menang 57 kerusi, 48 kerusi di Semenanjung.

Pada PRU kali ini, BN Semenanjung perlu menang minimum 103 kerusi dan Sabah 9 kerusi untuk mencapai sasaran.

Setiausaha Agung parti itu- Datuk Ahmad Maslan, dalam satu temuramah baru-baru ini, begitu yakin daripada 178 kawasan parlimen yang ditandingi parti itu, sekurang-kurangnya 112 boleh dimenangi.

Sasaran BN tersebut, menunjukkan, bahawa pada PRU kali ini, kekuatan parti itu lebih kuat berbanding PRU-PRU lalu, walaupun berhadapan dengan parti-parti yang sama.

Memang betul, senario PRU kali ini amat berbeza dengan PRU-PRU lalu kerana pada PRU kali ini pengelibatan julung kali Undi-18, selain ramainya pengundi automatik, yang dikategorikan sebagai undi kali pertama.

Mungkin andaian pemimpin Umno itu, sesuatu keadaan yang berbeza tentunya menghasilkan keputusan yang berbeza, tanpa mengambilkira, keputusan yang berbeza juga parti-parti lain juga ada peluang yang sama.

Tidak salah pemimpin Umno/BN berpandukan pada keputusan PRN Melaka dan Johor, tetapi, antara PRN dan PRU senarionya amat berbeza. PRU memilih Kerajaan Persekutuan, manakala PRN hanya untuk negeri.

Penulis tidak pasti atas asas apa, pemimpin Umno/BN mempunyai keyakinan bahawa parti itu lebih kuat berbanding lalu-lalu, sedangkan pada masa ini, parti itu bergelomang dengan berbagai isu negatif yang melibatkan pemimpin utama parti itu.

Melihat keyakinan Umno/BN itu hanya bersandar pada era 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menunaikan janji-janji yang melibatkan kehidupan harian rakyat, walaupun telah berjaya menunaikan janji berkaitan isu-isu besar membawa pemimpin rasuah ke muka pengadilan.

Kerana mungkin kerajaan PH berjaya membawa para pemimpin ke muka pengadilan, dan kebetulan mereka itu pemimpin utama Umno, maka rakyat bertukar menyokong Umno/BN, kerana “marah” mengapa pemimpin-pemimpin itu didakwa, dan dijatuhi hukuman? Benar kah demikian?

Rakyat yang membuat keputusan menumbangkan Umno/BN adalah pengundi atas pagar, bukannya pengundi tegar Umno/BN.

Jika pada PRU kali ini, pengundi yang keluar mengundi adalah penyokong tegar parti itu, seperti mana berlaku pada PRN Melaka dan Johor, keyakinan Ahmad Maslan itu ada kebenarnya, kerana di dua PRN tersebut, jumlah undi Umno/BN hampir serupa dengan undi yang diperolehi semasa kalah teruk pada PRU-14.

Persoalannya, apa kah trend pengundian akan kekal? Sedangkan berbagai dapatan dan laporan, pada PRU kali ini, walaupun diadakan di musim tengkujuh, akan tetapi diramalkan peratusan yang keluar mengundi mendekati peratusan PRU-14.

Umno/BN tidak mudah menembusi kawasan bandar dan spara bandar (mungkin pengecualian di Parlimen Sungai Buloh, kerana faktor KJ), demikian juga kawasan luar bandar, kerana terpaksa berhadapan dengan jentera Parti Pas dalam Perikatan Nasional (PN), selain populariti Tan Sri Muhiyiddin Yassin di kalangan pengundi kaum melayu.

Negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, diyakini bakal dikuasai PN, malah Pahang, adalah kawasan “On The Way” dikuasai parti itu, apabila Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man- Timbalan Presiden Pas bakal dilantik sebagai Menteri Besar, jika negeri itu ditawan PN.

Persoalan pokoknya, daripada 165 kawasan parlimen di Semenanjung, bagai mana Umno/BN mempunyai keyakinan boleh menang 103 kerusi? Sedangkan rekod pencapaian parti itu terus menurun sejak PRU-12!!! Apa kah pada PRU kali ini menawan negeri-negeri yang mempunyai banyak kerusi seperti Johor, Selangor dan Perak, seperti mana PRU-11?, kerana kesan tumbangnya Umno/BN pada PRU-14, maka pengundi Semenanjung, “mengila” untuk mengembalikan kuasa pada Umno/BN!!!! Benar kah demikian???? Sama-sama kita tunggu 19 November ini, apa keputusan 21juta pengundi negara ini.

No comments:

Blog Archive