ADA kemungkinan pengundi pada PRU kali ini, berpandukan pada parti-parti yang memerintah setiap negeri.
Jika demikian Barisan Nasional (BN) akan menang banyak kerusi di negeri Johor, Melaka, Perak, Perlis dan Pahang. Lima negeri tersebut mewakili 73 kawasan parlimen.
Pakatan Harapan (PH) akan menang banyak kerusi di Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Empat negeri tersebut mewakili 55 kawasan parlimen.
Sementara Perikatan Nasional (PN) menang banyak kerusi di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tiga negeri tersebut mewakili 37 kerusi.
Di Sarawak dan Sabah masing-masing GPS dan GRS-BN akan menang banyak kerusi. Dua Wilayah Borneo tersebut termasuk WP Labuan mewakili 57 kerusi parlimen.
Kecenderungan pengundian berasaskan kerajaan negeri mungkin sahaja berlaku, kerana telah menjadi norma biasa bagi Sabah semasa masih mengadakan PRN berasingan dengan PRU, demikian juga di Sarawak yang mana sehingga kini mengadakan pilihan raya negeri berasingan.
Pada PRU kali ini, hanya Perak, Perlis dan Pahang mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU, dan semua negeri-negeri itu di bawah pemerintahan BN.
Ada kemungkinan jangkaan atas asas pengundi berkecenderungan mengundi mengikut kerajaan yang memerintah setiap negeri, maka BN mensasarkan 112 daripada 178 kerusi yang ditandingi, yang mana daripada angka itu, lebih 100 parlimen ada lah kawasan parlimen di Semenanjung.
Sasaran BN ini lah yang bakal dibuktikan pada PRU kali ini, kerana parti itu, sejak PRU-12 tidak lagi pernah mencapai angka sedemikian, malah pada PRU-14,hanya menang 49 kerusi.
Sasaran BN itu boleh dicapai, jika pola pengundian seperti mana PRN Melaka dan Johor, dan pola itu juga berlaku merata di seluruh Semenanjung. Akan tetapi, jika pengundi masih bersandar pada parti yang memerintah setiap negeri, maka sasaran itu terbantut dengan sendirinya. Demikian juga sasaran parti lain seperti PH dan PN, akan juga terbantut, kerana itu lah, keputusan PRU kali ini berakhir dengan parlimen tergantung?
Ada dua senario pada PRU kali ini, pertama pengundi berasaskan kerajaan yang memerintah setiap negeri, dan kedua pola pengundian yang menyeluruh tanpa terikat dengan kerajaan yang memerintah setiap negeri.
Pola mana kah yang akan berlaku, maka akan dapat dilihat pada keputusan PRU kali ini.
No comments:
Post a Comment