Tuesday, November 29, 2022

MILIK PARTI MANA KAH PARLIMEN PADANG SERAI,KEDAH DAN DUN TIOMAN, PAHANG?

AKAN terlihat garis pemisah antara calon kerajaan perpaduan (KP) dan Perikatan Nasional (PN) pada dua pilihan raya Parlimen Padang Serai dan Dun Tioman.

Pada dua kerusi tersebut, julungkali parti yang berseteru berdekad lamanya berganding bahu selain mempertahankan kerusi akan tetapi kemenangan ditandai dengan majoriti besar.
Tidak pasti di Parlimen Padang Serai, apa kah kesepakatan antara PH dan BN, kerana calon-calon masing tersenerai sebagai calon, manakala di Dun Tioman, dikhabarkan, PH memberi laluan pada calon BN.

Parlimen Padang Serai adalah kerusi PH (PKR) sekian lama, manakala Dun Tioman milik BN, khususnya Umno.

PH menukar calon daripada kaum india kepada melayu, mungkin terpengaruh dengan trend pengundian pada PRU-15 di negeri Kedah, daripada 14 kerusi yang dipertandingkan PN menang 13,manakala PH satu.

Akan dilihat keputusan pada 7 Disember nanti, apa kah masing-masing parti mempertahankan kerusi, atau kah pengundi akan mengikut rentak PRU-15? Jika pengundi mengikut rentak atau pola pengundian pada 19 November itu, maka kedua-kedua kerusi tersebut bakal ditawan PN, jika pengundi memberi respon positif pada KP, maka dua kawasan tersebut bukan sahaja dapat dipertahankan, akan tetapi kemenangan dengan majoriti yang cukup besar.

Keputusan pada dua kawasan tersebut boleh menjadi penanda aras pada KP berhadapan 6 PRN tertangguh, selain sebagai perintis pada dua sistem parti di negara ini, iaitu parti-parti yang bernaung dengan KP dan PN.

Jika pada 6 PRN yang tertangguh, memberi keputusan yang selari dengan trend atau pola pengundian seperti PRU-15, maka sangat jelas, antara parti-parti dalam KP dan PN akan menguasai masing-masing segmen rakyat negara ini. Dan keputusan itu nanti, akan memaksa, parti-parti daripada Sabah dan Sarawak realign kedudukan masing-masing sesuai dengan perubahan politik tanah air.

Jika PN menerima sokongan seperti mana trend PRU-15, maka dengan jelas hanya kaum melayu menyokong parti itu, dan dengan sendirinya akan mempengaruhi parti-parti daripada Sabah dan Sarawak jika bersama-sama dengan parti itu.

Parti-parti daripada Sarawak dan Sabah, tiada pilihan, melainkan perlu memilih parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, jika ingin kekal mendapat sokongan daripada rakyat masing-masing. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive