PENULIS sekarang sudah dapat pelajaran baharu bahasa politik. Pelajaran pertama pasca PRU-14- manifesto bukan kita cuci, pelajaran kedua SEBELUM PRU-15, No Anwar No DAP No Bersatu, PASCA PRU-15- Yes Anwar Yes DAP No Bersatu No Pas.
Kesimpulannya- di masa akan datang, apabila mana-mana pemimpin politik berdegar-degar berhujah, hingga terambur air liur, jangan lagi percaya, kerana selepas pilihan raya, semua hujah-hujah tersebut, tidak lagi valid atau tergunapakai, kerana semua itu, hanya strategi.
Jika Niccolo Machiavelli masih HIDUP, maka individu yang paling gembira, kerana memperkuat teori sains politik moden yang dipekenal bangsa Itali tersebut hampir 500 tahun lalu , yang antaranya pengagungan menghalalkan cara.
Rakyat negara ini perlu diberi pujian, bukan sahaja dapat mendedahkan tindak tanduk pemimpin, akan tetapi dapat membongkar sejauh mana mendalamnya prinsip dan integriti mereka.
Rakyat juga dapat membongkar, mana-mana pemimpin yang tamak kuasa, sanggup menjual maruah dan perjuangan.
Di masa akan datang, apa kah corak kepemimpinan negara yang bakal bertahan, apa kah mereka berkebolehan bertukar warna seperti kameleon atau kah seperti harimau yang kekal dengan belangnya.
No comments:
Post a Comment