NEGERI Sabah yang kaya dengan tanah-tanah pertanian, sepatutnya tidak termasuk negeri-negeri yang mengimport produk pertanian seperti beras, jagung atau sebagainya, kerana komoditi tersebut boleh ditanam dan hidup subur di negeri ini, kerana faktor iklim juga kesesuian tanah.
ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar menyambut baik peruntukan besar pada Kementerian Pertanian dan Perikanan negeri menerusi Bajet tahun 2023 yang berjumlah RM501.54 juta, kerana menerusi peruntukan tersebut kawasan-kawasan yang berpotesi dimajukan semula seperti mana sebelum ini seperti kawasan Papar, Kimanis, Kota Belud, Kota Marudu, Nabawan, malah Tuaran, untuk mengwujudkan stok makanan sebagai jaminan sekuriti makanan bagi penduduk negeri.
Sabah tidak ketandusan mereka yang pakar-pakar memajukan pertanian. Melibatkan mereka ini, merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan produktiviti.
Dalam usaha mentransformasikan sektor pertanian, selain pengelibatan mereka yang mempunyai minat tinggi dalam sektor ini, juga kerajaan perlu menjadikan sektor ini sebagai bentuk perniagaan baharu, supaya ramai yang melibatkan diri termasuk para pelabur.
Kerajaan patut mengwujudkan semula satu agensi berkait kerajaan, misalnya Lembaga Padi Sabah, untuk mengurus tanah-tanah yang berkaitan penanaman padi, supaya semua tahap atau peringkat berkaitan padi dapat diurus secara perpusat.
Komitmen mentransformasikan sektor pertanian seperti mana disuarakan Pengarah Yayasan Sabah tersebut sangat tepat pada masanya, bukan sahaja stok makanan untuk manusia akan tetapi juga pakan haiwan, seperti jagung.
Bukan sedikit aliran kewangan negara terjimatkan, jika negeri dapat mengeluran produk makanan dan pakan untuk keperluan sendiri.
No comments:
Post a Comment