KUTIPAN cukai jualan daripada produk petroleum bagi Negeri Sabah yang dianggarkan melalui Bajet 2022, berjumkah RM1.1bilion, akan tetapi kesan daripada peningkatan harga produk tersebut di pasaran dunia, kutipan cukai jualan produk tersebut yang diterima negeri setakat 28 November 2022 telah mencecah RM1.79bilion, Persidangan DUN Sabah diberitahu.
Menteri Kewangan ke-II Datuk Masidi Manjun yang juga ADUN Karanaan menjawab pertanyaan ADUN dilantik Datuk Yong Teck Lee yang bertanya berkaitan cukai tersebut.
DUN juga diberitahu, perolehan hasil negeri menerusi kutipan cukai jualan (CJN) dijangka akan terus meningkatkan kerana telah meluaskan kutipan apabila memasukkan produk urea dan ammonia.
Kutipan CJN akan terus menambah kutipan hasil negeri di masa-masa akan datang, dan dana seperti ini sangat diperlukan negeri untuk memjaukan negeri, termasuk memberi lebih besar peruntukan bagi sektor peratanian, sebagai langkah mentransformikan sektor pertanian, sebagai langkah menunju sara diri khususnya pengeluran beras, untuk menjamin sekruti makanan.
Dana besar juga diperlukan oleh menambah baik kmudahan asas seperti bekalan air bersih, yang semakin krtikal.
Kerajaan Sabah juga mengharapkan syarikat-syarikat berkait kerajaan untuk mempertingkatkan produktiviti dan pendapatan agar keuntungan lebih besar dapat diperolehi, dan pada gilirannya dapat membayar dividen yang lebih tinggi, berbanding sasaran setiap GLC paling kurang membayar RM1juta kepada kerajaan negeri setiap tahun.
Para wakil rakyat atau mereka yang diberi amanah menerajui GLC berkait kerajaan mempunyai fungsi dan tugas yang amat berat, kerana syarikat-syarikat yang mereka terajui ada lah sebahagian daripada enjin ekonomi negeri. Kejayaan syarikat-syarikat ini, boleh menjadi penyumbang dana secara berterusan pada kerajaan negeri yang boleh digunakan untuk memajukan rakyat dan negeri.
No comments:
Post a Comment