Friday, November 25, 2022

ANWAR MENUNGGU 24 TAHUN UNTUK ANGKAT SUMPAH JAWATAN PERDANA MENTERI

24 tahun lalu, berlabuh saja Sukan Komanwel, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-5 negara, namun majlis tersebut tertangguh 24 tahun, yang diselingi berbagai peristiwa termasuk dua kali masuk penjara, dan kemudian ketua pembangkang di parlimen, berehat lagi di penjara, sambung lagi ketua pembangkang, dan hanya pada 24 November 2022 secara rasmi mengangkat sumpah jawatan.

Sebelum majlis angka sumpah, lima hari juga diperlukan sebelum majlis tersebut benar-benar menjadi kenyataan.

Anwar menjadi Perdana Menteri pada sebuah kerajaan yang bersifat “inklusif” yang dikenali sebagai KERAJAAN PERPADUAN, kerana merentas sempadan parti yang saling berlawanan semasa PRU-15.

Keputusan 21 juta pengundi negara ini, yang tidak memberi mandat pada mana-mana parti, sehinggakan menyebabkan parlimen tergantung, merealisasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri yang sekian lama diberi tag oleh musuh-musuh politik beliau sebagai PM TEPI.

Berbeza dengan perdana-perdana menteri negara yang lalu yang tidak melalui berbagai kesengsaran, kerana semuanya, terlahir daripada dulang-dulang emas politik,manakala Anwar bukan sahaja melalui duri dan onak, akan tetapi tangisan air mata darah.

Julung kali juga, berlaku dalam negara ini, penjajaran baharu politik, dan kebetulan memberi kepercayaan pada seseorang yang benar-benar teruji di semua peringkat, daripada status terbawah sehingga lah ke status tertinggi.

Daripada segi ketahan lasakkan, fizikal, mental mahupun emosi, tiada sesiapapun boleh menandingi Anwar. Makna kata, apapun cabaran, terutama karenah para pemimpin politik yang “berlagak samseng”, jika ada niat menguji, lebih baik urungkan niat itu, kerana sosok tubuh, mental dan emosi Anwar, tidak akan tergoyahkan.

SELAMAT BERTUGAS  SAUDARA ANWAR!!!.

No comments:

Blog Archive