Sunday, October 02, 2022

PRU-15: TARGET UMNO PERATUSAN KELUAR MENGUNDI RENDAH

RAKYAT umumnya tahu, mengapa Umno mahu sangat diadakan PRU-15 pada musim tengkujuh, kerana pada keadaan tersebut dijangka peratusan keluar mengundi rendah.

Dalam keadaan banjir, majoriti rakyat memikirkan keselamatan adalah keutamaan berbanding meredah banjir semata-mata untuk mengundi.

Bagi ahli parti dan penyokong tegar, dikala rakyat lain mengutamakan keselamatan, mereka pula bersusah payah keluar mengundi untuk memastikan parti mereka menang.

Di antara parti yang bertanding, Umno lah yang mempunyai ahli teramai.

Parti itu telah buktikan semasa PRN Melaka dan Johor, apabila peratusan keluar mengundi rendah, jumlah undi yang sama pada PRU-14, parti itu kalah, akan tetapi sebaliknya berlaku, malah menang kuasa 2/3.

Mengadakan PRU-15 pada musim tengkujuh, tidak semudah difikirkan, kerana Perdana Menteri tiada sokongan kukuh daripada jemaah menteri, kerana sebahagian besar tidak bersetuju diadakan pilihan raya dalam keadaan yang tidak sesuai.

Jemaah menteri bukan Umno tahu, jika bersetuju pembubaran parlimen, maka PRU akan berlangsung pada musim tengkujuh. Pada keadaan yang tidak kondusif ini, pengundi pasif, atas pagar termasuk juga undi-18, tidak akan bersusah payah keluar mengundi, sedangkan sandaran parti bukan Umno-BN adalah pengundi dalam kategori ini.

Bagi parti-parti selain Umno-BN yang bersama kerajaan hari ini, bersetuju membubarkan parlimen sama dengan menggali lubang kubur sendiri.

No comments:

Blog Archive