Sunday, October 23, 2022

PARLIMEN PENSIANGAN BUKAN LAGI MILIK PBRS

MANA-MANA pertandingan, yang digunapakai adalah rekod terbaharu. Demikian juga bagi Parlimen P182 Pensiangan yang kini mempunyai pengundi seramai 55,453 berbanding tahun 2018- 31,377.

Tiga DUN kawasan tersebut pada PRN-16 Sabah September 2020, semuanya dimenangi calon-calon GRS (Gabungan Rakyat Sabah).

Berasaskan rekod terbaharu, adalah pelik, jika kawasan tersebut ditandingi PBRS, walaupun kawasan tersebut secara tradisi ditandingi parti itu.

ADUN Nabawan
Dalam senario politik terkini, juga perubahan politik Sabah pasca PRU-14, sepatutnya, tiada lagi istilah kawasan tradisi,melainkan perlu berpandukan pada keadaan dan situasi terkini.

Kenyataan-kenyataan pemimpin PBRS, yang menentang kerjasama antara GRS-BN Sabah, bukan sahaja mengundang penolakan pengundi parlimen tersebut pada calon PBRS, malah boleh mengundang kekalahan. GRS-BN perlu mengambil iktibar pada situasi yang sama pada PRU-14, apabila Parlimen Tenom dirampas Parti DAP, kerana pengundi di parlimen tersebut tidak bersetuju dengan calon yang dipilih.

Di tiga DUN parlimen tersebut, jelas pengundi kawasan tersebut telah berhijrah pada GRS, seperti dibuktikan pada majoriti yang diperolehi calon-calon yang bertanding, sebagai contoh majoriti yang diperoleihi Datuk Abd Ghani Mohd Yassin bagi DUN Nabawan, hampir sama banyak dengan undi calon UPKO yang menempati urutan ke-2, daripada 4 calon.

No comments:

Blog Archive