Sunday, October 23, 2022

LONJAKKAN PENGUNDI SABAH HANYA PEMIMIPIN WARISAN TIDAK TERKEJUT

RATA-RATA pemimpin Sabah termasuklah kerajaan negeri, sehingga terpaksa membincangkannya dalam mesyuarat Kabinet Negeri, seterusnya membuat laporan pada pihak berkenaan, untuk meminta penjelasan, dan penjelasan tersebut dijadualkan pada Selesa minggu depan.

Ironinya, peningkatan luarbiasa pengundi Sabah berbanding rekod pada PRU-14 yang mencecah 54%, proses pendaftaran apabila dijejaki berlaku antara tahun 2018-2020, tidak mengejutkan pemimpin parti Warisan, malah menuding jari pada para pemimpin yang mempersoalkan peningkatan tersebut adalah mereka yang ketinggalan kereta api.

Peningkatan pengundi kerana kesan pendaftaran automatik dan undi-18, bukan salahpun, akan tetapi, kecurigaan adalah tempoh proses pendaftaran itu dilakukan secara besar-besaran, selain mereka yang mendaftar itu, selain merujuk sebagai bangsa “melayu” bukan kebiasaan bagi rakyat Sabah, ditambah lagi mereka yang didaftarkan majoriti berumur di atas 30 tahun, malah jumlah yang berumur 60 tahun cukup signifikan.

Penulis sudah kerap memberi ulasan berkaitan kebakaran rumah setinggan atau rumah-rumah dipenempatan PATI antara tahun 2018-2020, era kerajaan Parti Warisan, era Timbalan Menteri KDN daripada Warisan, selain ada pegawai SPR daripada kalangan keluarga pemimpin parti itu, dan meramalkan akan berlaku lonjakan pengundi baharu, kerana menurut berbagai laporan, setiap kejadian kebakaran besar-besar, hanya dokumen peribadi yang hangus musnah,manakala barangan kelengkapan rumah, termasuk pakaian dapat diselamatkan.

Kini kecurigaan penulis tersebut menjadi kenyataan, apabila SPR mengeluarkan data pengundi yang digunakan pada PRU-15 kali ini di Sabah berjumlah 1,638,806 berbanding tahun 2018 1,064,686, meningkat 574,120, dan kawasan-kawasan menjadi tumpuan adalah Parlimen Keningau, Pensiangan, Sepanggar dan Lahad Datu.

Apa yang paling mencurigakan kehadiran pengundi bukan penduduk biasa bagi sesetengah kawasan, selain mereka itu kurang dikenali atau diketahui kehadiran mereka khususnya di Pusat-Pusat Daerah Mengundi (PDM) mereka didaftarkan.

Nampaknya proses mengubah demografi Sabah berterusan, bukan itu sahaja, proses mengambil alih kuasa daripada penduduk asal dilakukan menerusi peti undi, sedang berlaku. Sedikit masa lagi, mereka yang sangat berbangga dengan etnik sukuan mereka, akan menjadi rakyat penumpang di negeri sendiri.

Pemimpin Sabah yang ada kuasa, perlu bertindak menghentikan proses “rampas kuasa” menerusi demokrasi, walaupun agak terlambat, akan tetapi masih ada peluang lagi, menerusi PENARIKKAN SEMUA KAD BIRU, menggantikannya dengan KAD BAHARU, menerusi PENDAFTARAN BAHARU yang lebih ketat. 

No comments:

Blog Archive