Monday, October 17, 2022

MANTRA PARTI TEMPATAN

TIDAK pelik dalam suasana pesaraanpun, Tan Sri Pairin Kitingan bercakap berkaitan parti tempatan, atas sebab, PBS hilang kuasa, kerana ada parti tempatan bekerjasama dengan parti luar, dan terus mendapat sokongan rakyat.

Di Sabah sekarang, antara parti tempatan yang masih mendapat sokongan rakyat didahului Parti Warisan, PBS dan STAR (mempunyai sokongan seimbang), sementara yang lain, hanya peserta pesta demokrasi.

Kenyataan menjelang PRU-15 daripada Mantan Presiden PBS tersebut, mempunyai maksud tersirat, jika dihubungkaitkan dengan keadaan yang sama pada tahun 1990.

Dalam politik 1001 kebarangkalian boleh berlaku, apatah lagi, kenyataan yang konsisten daripada Datuk Shafie Apdal, untuk reset Sabah, parti seperti Warisan dan PBS perlu berganding tangan (simbol dua parti itu).

Hasrat Shafie, Warisan dan PBS mencontohi GPS Sarawak, yang merupakan anak bulan politik negara, kerana pendirian parti Negeri Bumi Kenyalang tersebut, menyokong mana-mana blok parti politik yang mengwujudkan kestabilan selepas pilihan raya.

Bagi pengundi Sabah pula, ada dua peluang, menjadi sebahagian secara langsung dengan blok parti yang bakal membentuk kerajaan atau secara tidak langsung, apabila memilih parti tempatan sepertimana seruan Pairin.

Pendekatan politik Sabah berbeza dengan Sarawak, kerana di Sabah setakat ini, kecuali parti Warisan, parti tempatan menjadikan parti luar sebagai jambatan penyambung langsung dengan blok parti politik yang mencatur politik negara.

Ada jambatan sebagai penyambung secara langsung, lebih sesuai dalam sistem bernegara kita, berbanding, perlunya membina jambatan mudah alih baharu, seperti mana pendekatan GPS Sarawak.

Politik Sabah lebih ke hadapan lagi, apabila dua blok parti BN Sabah dan GRS, yang mengandungi dua parti nasional bekerjasama baik memerintah negeri juga berhadapan dengan PRU-15.

Pandangan penulis, kenyataan Pairin, bukan bertujuan memperkukuh kerajaan Sabah yang ada sekarang, akan tetapi cenderung pada penjajaran baharu yang belum teruji, mungkin mengwujudkan lebih banyak kecelaruan daripada kestabilan.

No comments:

Blog Archive