Saturday, October 15, 2022

DI SEBALIK KERJASAMA UMNO-BERSATU DI SABAH

UMNO dan BERSATU mempunyai musuh yang sama, iaitu Parti Warisan. Rekod pada PRU-14 dan PRN-16 Sabah, dua parti itu, tiada pilihan, melainkan perlu bekerjasama.

Atas sebab tiada pilihan, selain dua parti itu menerajui Kerajaan Sabah Maju Jaya, pendekatan berbeza dipilih dua parti itu, walaupun di Semenanjung saling bertarung satu sama lain.

Hakikatnya, kerjasama antara dua parti itu mempunyai matlamat yang satu atau sama, untuk menjadi blok politik yang kuat mewakili Sabah di Peringkat Persekutuan.

Memang betul, kedua-dua parti berpusat di Semenanjung, atas sebab itu menjadi senjata UTAMA parti Warisan, dalam isu parti tempatan.

Isu parti tempatan, dilihat “dekat” dengan hati rakyat Sabah kerana kononnya rakyat Sabah lebih gemar mencontohi pendekatan Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) yang bebas dengan pengelibatan pemimpin daripada luar.

Dengan mempergunakan isu parti tempatan, pemimpin Warisan menganalogkan dua parti itu, ibarat hidangan yang sedap-sedap, yang makan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disediakan Umno, manakala Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang disediakan Bersatu.

Analog tersebut, untuk menggambarkan, bahawa dua parti itu tunggangan pemimpin luar, tidak mencerminkan parti lokal atau tempatan.

Selain daripada itu, dua parti itu, didakwa tidak boleh menyediakan hidangan sesuka hati, melainkan perlu merujuk terlebih dahulu daripada pemimpin luar, berkaitan lauk apa yang perlu disediakan.

Dakwaan parti Warisan ini, sebenarnya walaupun ada asas, akan tetapi bercanggah dengan fakta sebenar, kerana pendekatan dua parti itu, adalah pendekatan LOKAL, yang bercorak nasional.

Bercorak nasional untuk mencerminkan kesetiaan pada Persekutuan Malaysia, manakala bercorak lokal mencerminkan Sabah Didahulukan (Sabah First).

Pendekatan Umno dan Bersatu, walaupun menggunapakai pendekatan lokal akan tetapi berbeza dengan pendekatan GPS, kerana GPS seolah-olah “terpisah” dengan kepemimpinan nasional, sama dengan cara Parti Warisan.

Mungkin pendekatan GPS dan Warisan ini, sesuai dikala parti-parti Semenanjung masih bergantung pada sokongan Sabah dan Sarawak, akan tetapi, ianya tidak kekal sedemikian, atas sebab, ambil prinsip setiap yang bermula, maka berakhir, kemudian bermula lagi, demikian lah seterusnya.

Hakikatnya, demi tujuan bernegara, pendekatan Umno dan Bersatu, adalah lebih sesuai dengan Keluarga Malaysia, dan pada masa yang sama, mempertahankan hak-hak negeri selain dapat menuntut hak-hak yang belum ditunai dalam suasana kekeluargaan.

Dalam soal Umno dan Bersatu, dua parti itu menjadi jambatan tanpa sekatan bagi parti-parti tempatan yang bersama-samanya di peringkat Persekutuan, dan kini didahului oleh oleh Bersatu menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bersatu sudah “menukar” diri sebagai parti tempatan, secara total, apabila menggunakan LOGO GRS pada PRU-15, sama dengan parti-parti komponen gabungan tersebut.

Apa yang diperlukan dalam kerjasama Umno dan Bersatu, atau BN dan GRS, rakyat yang berorentasikan parti tempatan dan nasional, maka GRS-BN menyediakan platform itu, yang mana keistimewaan ini tidak terdapat pada parti Warisan, walaupun PH juga menggunakan pendekatan yang sama kerana adanya UPKO dalam pakatan tersebut.

Penulis yakin, kepemimpinan GRS dan Umno Sabah (BN) , menyahut keinginan atau kecenderungan rakyat negeri ini secara umum, yang menunjangi kerjasama antara dua parti tersebut, berbeza dengan pendekatan parti Warisan yang cenderung memaksa rakyat Sabah menyokong kehendak pemimpin mereka. Perbezaan ini lah yang menjadi asas, pengundi Sabah pada PRU kali ini.

No comments:

Blog Archive