Saturday, September 24, 2022

SELAGI MAMPU MELANGKAH- TERUS MAJUKAN SABAH: HAJIJI

MISI sangat jelas kerajaan Sabah- selagi mampu melangkah-maka teruskan majukan Sabah.

Kemajuan dan pembangunan Sabah diperincikan menerusi Sabah Maju Jaya (SMJ) yang meliputi semua potensi negeri.

Kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor bukan sahaja mahu memastikan rakyat dalam tempoh 10 tahun berkurangnhya rakyat dalam golongan B40, akan tetapi pendapatan KDNK perkapita rakyat Sabah sekurang-kurangnya menghampiri KDNK perkapita kebangsaan.

Sabah sangat berpotensi dimajukan, samada membabitkan pertanian,pelancongan, juga hub minyak dan gas, selain perkhidmatan laut di rantau ini, sesuai dengan lokasinya yang menjadi stop center perkapalan.

Sabah juga bakal menerima kesan perpindahan Ibu Negara Indonesia- NUSANTARA ke Pulau Borneo dalam beberapa tahun lain.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan negeri adalah memperbaiki, mempertingkatkan infrastruktur yang boleh menyokong aktiviti ekonomi.

Kerajaan Sabah sudah berada dalam landasan betul, dan hanya memperlukan penerusan pelaksanaannya. Untuk menjadikan semua perancangan berjalan lancar, maka diperlukan kestabilan politik. Politik hanya stabil jika semua pemimpin bersatu padu.

Dalam rangka menyatupadu rakyat, platform gabungan rakyat yang diterajui Hajiji- GRS sedang menjelajah negeri selain sesi penerangan, penjelasan akan tetapi sebagai strategi mendekati rakyat.

No comments:

Blog Archive