SEBENARNYA cukup mudah meramal, daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung berdasarkan perkembangan berbagai isu dan mood rakyat, selain kekuatan blok-blok politik serta para pemimpin parti masing-masing.
Jika masing-masing parti mendedahkan dapatan mereka, kerusi pasti adalah PH-55, BN-40, PN-40, manakala baki 30 adalah rebutan.
Berasaskan senario politik semasa, apatah lagi kemungkinan peratus pengundi yang keluar mengundi tinggi, nisbah kerusi antara 3 blok parti utama, sukar bagi mana-mana blok menang lebih 70 kerusi, atas sebab itu lah sukar mendapat majoriti mudah sekalipun mendapat sokongan GPS Sarawak dan GRS-BN Sabah.
Kerana kebarangkalian jumlah kerusi sedemikian, maka ramai yang mengandaikan, bahawa keputusan PRU-15 yang menyebabkan parlimen tergantung, kerana tiada mana-mana blok parti politik mendapat majoriti mudah.
Andaian paling ekstrem, perlu kerjasama dua blok parti politik untuk membentuk kerajaan, dan untuk tujuan mendapatkan kuasa 2/3, maka sokongan Sabah dan Sarawak diperlukan.
Penggal ke-15 parlimen mungkin akan melakar sejarah tersendiri, apabila 2/3 ahli parlimen penyokong kerajaan terdiri daripada berbagai blok parti politik.
No comments:
Post a Comment