Wednesday, September 07, 2022

MOHON PENGAMPUNAN 2 SEPTEMBER, MOHON SEMAKAN 6 SEPTEMBER- APA KESANNYA?

DUA tindakan Datuk Seri Najib Razak saling bertolak belakang. Mohon pengampuan DiRaja pada 2 September, 2022, adalah manifestasi menerima hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210juta, selain itu, kedudukan sebagai ahli parlimen kekal sehingga keputusan dibuat. Tindakan semakan kehakiman pada 6 September, membawa pengertian menolak sabitan kesalahan yang dikekalkan mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos,2022.

Dua tindakan yang berbeza ini, bukan sahaja mengelirukan, akan tetapi mengheret pihak berkuasa untuk membuat keputusan berasaskan undang-undang, mana satu yang tergunapakai.

Di mata orang biasa, tindakan mohon pengampunan, membawa erti sabitan hukuman yang diterima tanpa protes. Maknanya, tidak timbul lagi semakan kehakiman.

Pengampunan DiRaja lebih tinggi statusnya berbanding semakan kehakiman. Oleh kerana semakan kehakiman difailkan kemudian, membawa pengertian, bahawa semakan lebih tinggi derjatnya berbanding pengampunan, dengan kata lain, derjat mahkamah lebih tinggi berbanding DiRaja.

Keadaan ini perlu diteliti dengan cermat oleh pihak berkuasa, supaya tidak terjerumus atau terjebak pada permainan yang berakibat negatif pada sistem yang digunapakai negara.

Cuba teliti kesannya, apabila pengampunan ditolak, dan kemudiannya semak kehakiman melepaskan dan membebaskan pemohon, maka meletekkan status DiRaja dicalar, dan memberi kesan yang mendalam.

Memang tidak dinafikan, individu berstatus seperti Najib, tidak mengira apa yang berlaku, apa kah sistem yang digunapakai dalam negara tunggang terbalik, janji adalah KEBEBASAN.. itu sahaja, matlamat akhir..

No comments:

Blog Archive