PARTI WARISAN, semacam dirundung malang, sudah lah beberapa wakil rakyat parti itu hilang keyakinan lalu keluar parti , ahli biasa dan pemimpin peringkat akar umbi berbondong-bondong meninggalkan parti itu.
Terbaharu di Parlimen Tawau, pada Selasa, kira-kira 1000 ahli parti itu diketuai pemangku Ketua Bahagian P190 parti itu menyertai Bersatu secara sukarela dan menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Bersatu Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Mantan ahli-ahli Warisan tersebut memilih Bersatu, kerana tertarik dengan corak kepemimpinan parti itu, yang tidak banyak bercakap, akan tetapi terus mengatur berbagai strategi, perancangan, tindakan memajukan rakyat dan negeri.
Bagi mantan ahli-ahli Warisan yang memohon masuk di kawasan P190 Tawau, selain halatuju parti yang jelas dan telus,juga kerana tertarik dengan kepimpinan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sebagai Ketua Bersatu kawasan parlimen tersebut.
Agenda turun padang menjadi keutamaan, menyantuni rakyat, menambahbaik kemudahan asas rakyat, selain prihatin pada kemaslahatan rakyat, faktor yang ada pada ADUN Apas tersebut yang menjadi penarik utama bagi mereka menyertai Bersatu salah satu parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Parlimen Tawau terbahagi pada tiga Dun, Sri Tanjong, Apas dan Balung. Pada PRU-14, Parlimen Tawau dimenangi calon PH/PKR, manakala pada PRN-16 Sabah, Dun Sri Tanjong dimenangi PH/DAP, Apas- Bersatu/GRS, Balung Umno/BN.
Berasaskan perubahan senario politik negeri, pada PRU-15, kebarangkalian tinggi Parlimen Tawau dimenangi calon GRS-BN Sabah.
No comments:
Post a Comment