Friday, September 09, 2022

TANDING BANYAK KAWASAN BERBANDING MENANG KERUSI

ORANG tamak selalu rugi, itu lah yang berlaku pada parti-parti atau sesetengah calon apabila bertanding banyak kawasan, akhirnya hanya menang sebagai calon, tetapi gagal menang kerusi.

Selepas Timbalan Presiden Umno mengumumkan bertanding parlimen dan Dun, Pas pula mengumumkan bertanding 80 kerusi parlimen di Semenanjung. Dengan jumlah kerusi sebanyak itu, maka hanya 30 baki daripada 110 majoriti melayu diberikan pada Bersatu.

Tidak salah bertanding banyak kerusi, jika memang, boleh menang. Akan tetapi keputusan demikian menafikan calon lain yang mempunyai peluang lebih baik.

Menilai keputusan Pas bertanding lebih 70 peratus kawasan majoriti melayu, menggambarkan dua anggapan, hanya parti itu mempunyai peluang menang, manakala rakan parti tidak atau sebagai strategi, untuk meminumumkan peluang UMNO menang di kawasan-kawasan sedemikian.

Strategi Pas tersebut mungkin ada kena mengena dengan dapatan berbagai pihak, daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung, 55 akan dimenangi PH, manakala BN-40 dan PN-40, sementara 30 lagi rebutan antara BN dan PN.

Jika dilihat senario politik tanah air, ditambah lagi dengan jumlah pengundi yang mendekati 23juta termasuk tambahan hampir 50% pengundi baharu yang juga merangkumi undi-18, nisbah apapun berlaku, asas kekuatan tiga blok parti tersebut berlegar-legar pada jumlah kerusi seperti mana hasil dapatan tersebut. Hanya mungkin yang membezakan antara 3 blok tersebut, blok mana boleh menang banyak kerusi pada 30 kawasan tidak bertuan.

PRU-15, akan menjadi game changer politik tanah air, apabila tiada lagi parti dominan, melainkan, jika maksud menubuhkan kerajaan, maka memerlukan gabungan dua blok parti atau lebih untuk mendapatkan majoriti mudah, dan kemudiannya untuk tujuan kuasa 2/3 maka sokongan GPS-Sarawak dan GRS-Sabah diperlukan.

Ada kebarangkalian, hasil PRU-15, 2/3 ahli parlimen penyokong kerajaan daripada berbagai blok parti yang berbeza.

No comments:

Blog Archive