Saturday, September 17, 2022

PILIHAN RAYA DAN DANA POLITIK

MANA-MANA parti politik yang menyertai pilihan raya, perlu dana politik, yang meliputi deposit, poster, gerakan jentera dan juga majlis-majlis perjumpaan.

Walaupun menurut SPR ada had perbelanjaan, bagi DUN RM100 ribu dan Parlimen RM200 ribu, akan tetapi had tersebut terlalu sedikit berbanding perbelanjaan sebenar.

Politik Malaysia, bertanding ketua cawanganpun calon memerlukan ratusan ribu, apatah lagi ketua bahagian melibatkan jumlah jutaan. Melobi calonpun, seseorang yang teringin sangat menjadi calon berbelanja jutaaan ringgit, apatah lagi jika menjadi calon.

Menjelang PRU-15, memandangkan ada beberapa blok politik mengambil bahagian dan mempunyai kekuatan seimbang, maka dana politik yang bakal diperolehi kemungkinan besar juga seimbang.

Bagi pemberi sumbangan, mana-mana parti yang berpontesi menang, maka dana yang diberi juga tinggi, dengan harapan, jika yang disokong menang, maka sumbangan boleh diperolehi semula menerusi projek. Jika kekuatan parti-parti seimbang, maka dana yang juga hampir sama, kerana memang demikian cara penyumbang dana bertindak, sentiasa mengambil pendekatan, sentiasa untung, tidak kira mana-mana parti yang menang.

Tidak seperti mana PRU-PRU sebelum tahun 2018, BN lah yang banyak menerima sumbangan, tetapi pasca PRU-14, para penyumbang berhati-hati, dan terpaksa menyumbang sama rata.

Pengaruh dana politik, boleh dilihat pada pencapaian calon-calon pada pilihan raya. Bagi mereka yang kurang dana, boleh dilihat pada jumlah undi yang mereka perolehi, semakin sedikit dana, semakin kecil jumlah undi, malah tidak dapat mengelak hilang wang pertaruhan.

Mungkin rakyat terkeliru, apabila sebuah parti menang, kerana semata-mata kerana sokongan rakyat, tanpa impak gerakan jentera yang menang tersebut. Sebenarnya bukan demikian, kemenangan mana-mana parti kerana gerak kerja yang beterusan. Gerakan jentera tidak akan boleh beterusan tanpa kekuatan kewangan. Laskar siberpun perlu dana, dana untuk talian internet, apatah lagi jentera yang terpaksa keluar masuk kawasan, mengatur perjumpaan kopi-kopi mini, semuanya perlu dana. Walaupun tidak selalu benar, kekuatan seseorang calon menjamin kemenangan, kerana bergantung juga apa kah seseorang calon disukai dan diterima pengundi. Jika kuat kewanganpun, jika calon dan parti yang diwakili, tidak digemari rakyat, maka akan kalah, seperti mana berlaku pada PRU-14 di seluruh negara.

Pada PRU-15, dijangka akan berlaku keseimbangan pencapaian masing-masing blok parti, yang menyebabkan keputusan parlimen tergantung, kerana mungkin impak setiap blok parti kekurangan dana..

No comments:

Blog Archive