Sunday, September 25, 2022

GRS JAWAPAN PADA PERPECAHAN-HAJIJI

PEMIMPIN Sabah perlu belajar daripada pengalaman pada masa lampau, apabila berpecah, maka bukan sahaja kemajuan dan pembangunan negeri terbantut, akan tetapi rakyat ikut sama menerima kesannya, apabila masih ramai rakyat yang berada di bawah garis kemiskinan, malah KDNK Perkapita negeri hanya separuh daripada KDNK kebangsaan.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertujuan untuk menjadi wadah dan platform untuk menyatukan pemimpin dan rakyat Sabah bersama-sama memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Sabah, atas sebab itu, sudah sampai masanya pemimpin daripada parti-parti tempatan Sabah bersatu hati menerusi GRS.

GRS mempunyai perjuangan jelas, tiada kompromi menuntut hak-hak Sabah seperti mana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain memastikan Sabah maju dan diperintah oleh parti tempatan bermula daripada sekarang dan akan datang.

Menurut Hajiji, GRS adalah jawapan pada perpecahan, kerana gabungan tersebut bukan sahaja mengambil iktibar pada perpecahan masa lalu, akan tetapi menyedari kalau tiada kesatuan dalam satu gabungan, tidak mungkin berjaya dalam politik, apatah lagi membangun negeri.

No comments:

Blog Archive