Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Sabah pada tahun 2017- RM94.65 bilion (8.2% kenaikkan berbanding tahun 2016); 2018-RM93.23 bilion (menyusut 1.5% berbanding tahun 2017); 2019-RM84.38 bilion (menyusut 9.5% berbanding tahun sebelumnya); 2020- RM77.8 bilion (menyusut 7.8%); tahun 2021- RM78.7 bilion (naik 1.1% tahun ke tahun).
Pada tahun 2017, Sabah mencatat kadar KDNK tertinggi dalam negara, dan dijangka akan berulang pada dalam tempoh masa rancangan 5 tahun Sabah Maju Jaya.
Penurunan drastik KDNK Sabah ekoran perubahan kerajaan selepas PRU-14, dan kemudiannya kesan pandemik Covid-19, walaupun telah berlaku pergantian kerajaan pada September, 2020.
Kesan pemerintahan Parti Warisan pada perekonomian negeri berlarutan sehingga tahun 2020, dan jika diambilkira tahun 2017 sebagai asas, maka KDNK Sabah menjunam secara akumulatif 17.8%.
Menjunamnya perekonomian Sabah semasa kerajaan yang diterajui Datuk Shafie Apdal, akibat perubahan drastik daripada segi pengurusan negeri, yang bergantung pada hujah-hujah berdegar-degar, hanya pandai bercakap, akan tetapi tidak pandai berkerja.
Semasa era kerajaan Warisan, para menteri termasuk lantikan politik begitu memilih gaya hidup, termasuk menggantikan nombor kereta dengan nama jawatan, bukan itu sahaja, ada juga bergaya dengan jet milik Sabah Air, melawat mangsa banjir menaiki kereta mewah dengan menunjukkan simbol W (menggandingkan dua tangan).
Menurut Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sektor perkhidmatan mendominasi sumbangan kepada KDNK negeri (47.3%) diikuti sektor Perlombongan dan kuari (26.0%).
Walaupun ekonomi Sabah berangsur pulih, akan tetapi jika melihat pada KDNK perkapita negeri RM26,674 pada tahun lalu, masih jauh daripada KDNK perkapita Nasional RM47,124.
Nampak gayanya kerajaan negeri perlu melipat gandakan usaha, setidaknya, mendekati KDNK perkapita negara bagi tahun 2021.
No comments:
Post a Comment