Sunday, August 21, 2022

PILIHLAH PEMIMPIN BERINTEGRITI

AKAN terealisasikah, Malaysia dipimpin pemimpin berintegriti hasil daripada PRU-15? Semua terletak ditangan 23juta pengundi.

Generasi penerus tidak perlu lagi dibelengu dengan kepemimpinan yang “tinted” dengan berbagai isu moral, termasuk jenayah rasuah dan salahgunakuasa.

Negara perlu bebas dan dibebaskan dengan belengu ketirisan kerana perbuatan tidak amanah. Perbuatan ini berlaku, kerana ada segelintir kepemimpinan negara, yang bersifat seperti ibu ketam, bukan sahaja tidak boleh menegur akan tetapi tidak berani berbuat demikian, kerana perilaku buruk yang lebih dahsyat.

Dalam tempoh 4 tahun ini, rakyat telah menyaksikan bagaimana pemimpin yang disokong dan diberi kedudukan tinggi suatu ketika dahulu menghantui rakyat apabila mewariskan berbagai masalah, termasuk melibatkan wang yang begitu besar, termasuk ketirisan dana awam.

PRU-15 diambang pintu. PRU itu lah bakal menjadi game changer politik tanah air, apabila membuahkan parti dan pemimpin yang berintegriti untuk menerajui negara.

Rakyat sangat arif dan tahu, mana-mana pemimpin yang berintegriti, mana-mana parti yang dipimpin pemimpin berintegriti. Sudah tiba masanya, rakyat melepaskan diri dari cengkaman ketaksuban, sebaliknya perlu berubah, ke arah lebih baik dengan menentukan mana-mana parti atau pemimpin yang diberi mandat perlu memenuhi kretiria bersih, amanah dan bertanggungjawab, dan tidak semestinya pemimpin yang bersifat WALI= WINNABLE, ACCETABLE DAN LIKEABLE, memenuhi syarat BERSIH, AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB. Impak memberi mandat kepada pemimpin bersih, amanah dan bertanggungjawab, adalah jaminan kemajuan dan pembangunan negeri/negara yang luarbiasa hebatnya di masa mendatang. Fikir-Fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive