Monday, August 15, 2022

PERANG PSIKOLOGIS PERDANA MENTERI- PRU-15- JIKA BN BOLEH MENANG

PERANG psikologis digunapakai Perdana Menteri, jika PRU-15 diadakan maka ada petunjuk BN boleh menang.

Menggunapakai pendekatan ini, setidak-tidaknya memberi gambaran pada rakyat secara umum untuk mengundi calon-calon parti itu, supaya undi mereka tidak sia-sia, atau dengan kata lain, undi mereka sebahagian daripada parti pemenang.

Tidak pasti lah sejauh mana kesan perang psikologis itu, apa kah boleh memberi kelebihan atau memerangkap parti itu.

Pendekatan seperti ini, digunapakai juga pada PRU-14, ternyata hasilnya memerangkap parti itu.

Sebenarnya, defisit keyakinan rakyat pada parti itu masih berterusan, walaupun menang pada PRN Melaka dan Johor dan beberapa PRK pasca PRU-14.

Kemenangan parti itu, bukan kerana sokongan majoriti, akan tetapi berlegar-legar pada penyokong tradisi, yang tidak bertambah dan juga tidak berkurang.

Lain keputusannya, jika peratusan rakyat yang keluar mengundi tinggi seperti mana PRU-14.

Pada PRU-14, tiada mana-mana penganalisis bebas atau laporan bebas, pernah menulis, bahawa BN akan tumbang, walaupun rata-rata, berpendapat, jumlah kerusi yang dimenangi akan berkurang.

Akan tetapi apabila tsunami dua kaum terbesar berlaku, melayu dan cina terhadap parti itu, maka hasilnya, kita semua ketahui, BN kehilangan kuasa selepas menerajui negara lebih setengah abad.

Pada PRU-15, hanya pemimpin dan penyokong parti itu mengatakan, bahawa BN akan ikut jejak parti LDP Jepun yang bangkit semula, dan jauh sekali mencontohi jejak parti Golongan Karya (Golkar), Indonesia, yang tidak bangkit-bangkit lagi.

Penulis hanya dapat memberi pendapat berkaitan kesan pada parti itu, apabila dikaitkan dengan skandal membabitkan dana awam, kerana setakat ini, skandal seumpama itu memberi kesan buruk, termasuk hilang kuasa.

Kini timbul pula skandal LCS, kapal TLDM, walaupun telah 10 tahun pembinaannya dan dana awam lebih RM6bilion telah dibayar, akan tetapi tiada satupun yang siap, melainkan hanya rangka kapal dapat dilihat di limbongan di mana ianya dibina.

BN terutama Umno tidak dapat melepaskan diri daripada kesan skandal ini, kerana skandal itu berlaku semasa kepemimpinan parti itu, termasuk lah mereka yang menjaga kementerian yang mengurus pembinaan kapal tersebut.

Pihak lawan pada parti itu, terutama daripada Perikatan Nasional (PN) memberi gambaran jelas pada rakyat, bahawa perbuatan segelintir pemimpin Umno, termasuk menjadi punca tumbangnya parti itu, juga sehingga kini tindakan mereka bukan sahaja memberi kesan pada rakyat, akan tetapi menghantui rakyat negara ini. Isu dana awam membabitkan Feedlot, isu 1MDB dan kini isu LCS, yang bertukar menjadi skandal.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi negara pada suku ke-2 tahun 2022 yang mencecah 8.9% pertumbuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bukan kerana disebabkan oleh Umno, akan tetapi sumbangan daripada kerajaan yang telus, hampir bebas skandal, walaupun Perdana Menteri daripada parti yang “tinted”, kerana adanya semak dan imbang daripada berbagai pihak termasuk parti-parti yang bukan sebahagian daripada kerajaan.

Umno tidak boleh menutut bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi tersebut, kerana pemimpin parti itu, kerana pemimpin yang menjaga ekonomi bukan datangnya daripada parti itu, walaupun disaat akhir, menteri kewangan “handpick”oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin, berpaling tadah.

Strategi yang dilakar semasa Tan Sri Muhiyiddin Perdana Menteri, termasuk membelanjakan RM530bilion, untuk memulihkan ekonomi negara, pasca pandemik Covid-19, sangat berkesan. Bukan itu sahaja, pendekatan jitu menangani pandemik Covid-19, menyebabkan rakyat hampir kembali pada keadaan normal.

Ratiban, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan “gagal” terbukti auta, apabila bercanggah dengan data statistik.

Pendek kata, apapun perang psikologi yang cuba dimainkan Perdana Menteri, apa yang jelas, rakyat secara umumnya melihat, kejayaan kerajaan menangani krisis ekonomi dan kesihatan, ada lah hasil gotong antara para pemimpin bersih dan amanah, yang datangnya sebahagian besar daripada PN, GPS dan GRS.

Ertinya, apabila diadakan PRU-15, yang memangpun perlu diadakan, samada tahun ini atau tahun depan, rakyat sudah mengenalpasti, parti dan pemimpin mana perlu diberi mandat, untuk menerajui kerajaan. Rakyat majoriti tidak akan memberi mandat pada pemimpin yang “tinted” kerana bukan sahaja membawa negara ke arah kehancuran, juga memberi imej buruk di serata dunia.

No comments:

Blog Archive