APA kah kesan Datuk Seri Najib Razak masuk penjara? Beberapa kesan dapat dilihat- Badan Kehakiman Negara Berintegriti; Tiada Campur Tangan Politik; Yang Bersalah Tetap Bersalah; Umno pula terlepas daripada Bisul dan Biawak Hidup; Pemecatan Muhiyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Umno-Satu Kesilapan Besar; Membuktikan Era Kerajaan Najib Penuh dengan salahgunakuasa dan isu-isu rasuah; Mempermudah Kes-Kes Berprofile Tinggi yang ditandai NFA (No Further Action) seperti Kes Datuk Shafie Apdal Dibuka Semula; Menjamin Perbicaraan Berprofile Tinggi di Mahkamah Berjalan Lancar Tanpa Gangguan.
Mengekalkan keputusan bersalah Mahkamah Persekutuan terhadap Najib, walaupun mengecewakan para penyokong beliau, termasuk pemimpin yang sekluster dengan bekas Perdana Menteri tersebut, akan tetapi mempunyai kesan yang amat baik pada Kepemimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang disokong parti-parti Perikatan Nasional (PN), GPS-Sarawak dan GRS-Sabah, menunju kepemimpinan negara yang berintegriti, Beramanah, Bermaruah dan Bertanggungjawab.
Nampaknya merealisasikan PRU-15 sebagai Game Changer politik Tanah Air berada di landasan betul, iaitu, membuahkan parti-parti atau pemimpin yang diberi mandat rakyat, bebas isu moral, kelihatan bersih dan berintegriti.
Negara perlu dibebaskan daripada para pemimpin yang berselindung dibalik mandat rakyat, membuai rakyat dengan menggunakan dana awam menerusi projek-projek mega, tetapi pada masa sama, mengambil sebahagian dana itu menerusi kaedah berlapis-lapis, untuk kepentingan peribadi dan kroni.
Mereka yang dituduh dan sedang dibicarakan, sebelum semua ini terdedah, bertindak bagaikan santa claus, sehinggakan rakyat terabui mata, betapa prihatinnya mereka pada rakyat, khususnya penyediaan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan rakyat, tetapi, sungguh malang, disebalik semua tindakan tersebut, terdapatnya racun berbisa, rupanya, semakin meganya projek berkaitan rakyat, semakin besar lah habuhan yang mereka perolehi.
1 comment:
Betul 100% saya setuju makin besar projek makin besar habuan memang mereka haram jadah hendak bawa ke mana duit haram itu
Post a Comment