Sunday, August 14, 2022

KAWASAN MAJORITI BUMIPUTERA ISLAM- UMNO SABAH GEMPAK AWAL

ADALAH isyarat jelas, Umno Sabah akan kekal bertanding 14 kawasan yang biasa ditandingi parti itu.

Pada PRU yang lalu, Umno menang 7, sementara 7 lagi dirampas Parti Warisan.

Pada PRU-15, isu utama bagi Umno, bukannya kawasan yang ditawan Warisan, akan tetapi 5 kawasan yang dimenangi parti itu yang kini disandangkan wakil rakyat Bersatu.

Pada PRN-16 Sabah, parti itu memberi laluan pada Bersatu di beberapa kawasan tradisi, akan tetapi digantikan dengan kawasan-kawasan yang hampir serupa kedudukannya.

Jika dilihat pada PRN-16 tersebut, tiada jaminan bagi parti itu menang di kawasan-kawasan yang ditandingi Bersatu, kerana terbukti kekalahan 17 kawasan yang ditandingi pari itu, termasuk juga kawasan-kawasan tradisi.

Kekalahan pada kawasan-kawasan “tradisi” menunjukkan, status tradisi kurang relevan.

Untuk sementara tiga Ketua Bahagian/pemimpin Bahagian Umno yang termasuk dalam 5 kawasan parlimen yang disandang wakil rakyat Bersatu, iaitu Beaufort, Sipiting dan Beluran, membuat pendirian, tidak seincipun berganjak, dan akan mempertahankan kawasan masing-masing pada PRU-15, sambil mengulang-ulang tag “LAWAN TETAP LAWAN” “RADU SAMPAI RATA”. Sebelum itu, Ketua Bahagian Libaran, walaupun membuat kenyataan berlapik, akan tetapi, membawa pengertian yang sama dengan kenyataan tiga bahagian yang lain.

Untuk sementara, hanya Bahagian Umno Kudat belum membuat sebarang kenyataan, berkaitan dengan status kawasan parlimen tersebut.

Penulis berpendapat, Umno Sabah gempak duluan berkaitan kawasan-kawasan yang bakal ditandingi adalah selari dengan pendirian Umno secara keseluruhan, apatah lagi kenyataan Datuk Bung Moktar Radin, bahawa parti itu “mengincar” 14 kawasan parlimen, yang juga membawa pengertian 14 kawasan tradisi.

Pada PRU-15, peribahasa gajah sama gajah bergaduh pelandok mati ditengah-tengah, kurang berkesan, jika bersandarkan pada kecenderungan rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah.

Kecenderungan pengundi Sabah pada PRN-16 Sabah lebih cenderung pada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau dengan kata lain, pada parti-parti yang bergabung dalam blok baharu politik tersebut.

Jika lah, tidak adanya kompromi lagi, sehingga berlaku free contest, GRS masih di hadapan sekurang-kurangnya 10 daripada 14 kawasan yang menjadi rebutan.

No comments:

Blog Archive