Sunday, August 28, 2022

KAWAL PEGUAM NEGARA- JIKA UMNO BERKUASA SEMULA

TIDAK pasal-pasal, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima  cemohan dan kemarahan pemimpin dan perwakilan Umno semasa sesi taklimat khas tergempar Presiden, ekoran pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak pada 23 Ogos apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan 12 tahun penjara dan denda RM210juta berkaitan wang SRC berjumlah RM42juta masuk akaun pribadi dan habis dibelanjakan, kerana Perdana Menteri “tidak” campur tangan, untuk mempengaruhi peguam negara, sepertimana dilakukan era Datuk Seri Najib, jika peguam negara tidak akur, pecat seperti yang berlaku pada Tan Sri Gani Patail, dan yang akur, seperti Tan Sri Apandi Ali, kekalkan.

Salah seorang pemimpin Umno yang juga ahli MKT, ahli Parlimen, dan Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri- Datuk Azalina Othman Said, membidas Datuk Seri Ismail Sabri, kerana tidak memecat Peguam Negara  sehinggakan menyebabkan BossKu dipenjarakan.

Apa yang dapat dilihat, tindak balas segelintir pemimpin Umno apabila mendapat musibah yang berat, mereka bukan sahaja tidak dapat mengawal emosi akan tetapi menunjukkan ketidak matangan, sehinggakan mendedahkan kelibat buruk yang biasa mereka lakukan semasa ditampuk kuasa.

Apa yang belaku pada Sabtu di WTCKL, sangat jelas sekali, apabila parti itu kembali mendapat kuasa akan mengulangi tindak tanduk buruk yang pernah mereka lakukan, termasuk mengawal badan legislatif, seperti mana berlaku sebelum ini, juga dilakukan semasa pentadbiraan Pakatan Harapan (PH) era Perdana Menteri ke-7.

Julungkali berlaku, apabila Peguam Negara, tidak berpihak pada mana-mana pihak apa kah membabitkan pemimpin kerajaan atau pembangkang, yang terlibat salah laku, ada lah Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara yang dilantik era Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tan Sri idrus mengikut peraturan “buku” menjadi penasihat untuk yang betul sahaja untuk kepentingan rakyat dan negara, termasuk lah berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa memuncaknya pandemik Covid-19, sehingga persidangan Dewan Rakyat ditangguh, tetapi juga memberi nasihat pada Agong, untuk tidak membubarkan Parlimen, walaupun Perdana Menteri memohon pada ketika itu.

Seperti mana yang kita ketahui, tindakan PKP yang berpanjangan semasa Tan Sri Muhiyiddin Yassin Perdana Menteri yang bertujuan membendung, mengawal jangkitan Covid-19, bukan sahaja tidak dipersetujui BossKu dan pemimpin sekluster, akan tetapi juga dikritik dan dibidas. Jika lah pada masa itu, Tan Sri Idrus Harun dipengaruhi keputusan politik, sudah tentu akan akur, termasuk melonggarkan PKP, termasuk lah tidak menasihatkan Agong untuk melaksanakan DARURAT KESIHATAN.

Betul lah kata Tan Sri Muhiyiddin Yassin Perikatan Nasional (PN) memasuki GELANGGANG PRU-15, adalah untuk melawan kemungkaran untuk tidak berulang lagi dalam negara.

Apa yang berlaku semasa taklimat tergempar Presiden Umno, jelas sekali pada rakyat secara umumnya, mengembalikan Umno ke tampuk kuasa, maka akan berulang lah, tingkahlaku buruk, termasuk salahgunakuasa membabitkan dana awam, seperti mana diwarisi dan menghantui rakyat pada masa ini.

No comments:

Blog Archive