Tuesday, August 30, 2022

GRS WADAH PENYELESAIAN KEMELUT POLITIK SABAH-HAJIJI

CUKUPLAH berpecah dan dipecahkan kerana fahaman politik. Proses menoktahkan perpecahan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah solusi- Demikian menurut Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah.

Sabah kuat dan kelihatan kuat, jika dapat bersatu atau berhimpun dalam satu wadah atau gabungan seperti GRS. GRS adalah gabungan rakyat rentas latar belakang, walaupun mekanisme atau pentadbirannya berasaskan parti-parti.

Disedari, usaha GRS menyatupadukan rakyat dibawah satu bumbung bukannya mudah, kerana masih wujudnya parti-parti lain yang juga berusaha menarik sokongan rakyat, akan tetapi, usaha yang berterusan melalui strategi yang telus,lambat laun rakyat Sabah secara umumnya akan menerima GRS sebagai rumah untuk bernaung dan berteduh.

Para pemimpin Sabah, sepatutnya perlu melepaskan diri daripada kecenderungan politik Semenanjung, yang telah berjangkit ke Sabah bermula dengan menumbangkan USNO melalui penubuhan parti Berjaya, dan perpecahan tersebut berlanjutan sehingga ke hari ini, sehinggakan kedudukan Sabah daripada segi politik cukup lemah, apabila terpecah-pecah menerusi berbagai parti yang wujud di Sabah bagaikan cendawan selepas hujan, impaknya semua lemah, kerana masing-masing seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Sudah tibanya, semua pihak perlu mengutamakan Sabah, Sabah First, berbanding kepentingan lain, kerana menerusi kaedah ini lah Sabah boleh maju di masa akan datang.

No comments:

Blog Archive