SEMENTARA Umno mengatur berbagai perjumpaan, mesyuarat, termasuk taklimat tergempar Presiden mendesak diadakan PRU-15 dengan segera, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula melancar jelajah ke pelosok negeri sebagai upaya mendekati rakyat, selain memanjangkan intiparti dan matlamat gabungan tersebut.
GRS bersama BN Sabah merupakan dua blok parti politik yang membentuk Kerajaan Negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Pada pilihan raya negeri tahun 2020, GRS, hanya merupakan platform kerjasama berbagai parti berhadapan pilihan raya tersebut. Oleh kerana sambutan dan sokongan rakyat Sabah, sehinggakan parti-parti yang bersama gabungan tersebut mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri.
Pada Mac, 2021, akhirnya gabungan tersebut didaftarkan sebagai sebuah parti secara rasmi, tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN).
Pada Ahad, di Keningau dilancarkan Jelajah parti itu yang dirasmikan oleh Pengerusinya- Datuk Seri Hajiji Haji Noor. Parlimen Keningau adalah lokasi pertama bagi jelajah parti tersebut.
No comments:
Post a Comment