KEADAAN ekonomi negara yang masih tidak stabil pada masa kini menjadi dilema dalam kalangan masyarakat sehinggakan ada yang terpaksa bekerja lebih waktu atau mencari pendapatan sampingan.
Tertekan dengan kos sara hidup dan harga barangan yang semakin meningkat, rakyat terpaksa memikirkan jalan lain untuk menjana wang bagi menampung perbelanjaan isi rumah.
Hakikatnya, sehingga kini pembangunan dari segi taraf hidup masih lagi belum di tahap yang memuaskan meskipun pelbagai inisiatif bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi pelbagai lapisan masyarakat.
Dalam pada itu, pilihan lain bagi rakyat Malaysia adalah berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih baik.
Melihat pada alternatif tersebut, ia bukan satu pilihan yang teruk kerana negara luar seperti Singapura, Australia, Jepun, United Kingdom, Arab Saudi dan lain-lain menawarkan pendapatan lumayan sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding gaji di negara ini.
Lain lagi keadaannya, rakyat negeri seperti Sabah, bukan sahaja mempunyai trend yang sama, akan tetapi ke Semenanjung juga ada lah pilihan popular.
Penulis sendiri mempunyai pengalaman tarikan pada trend ini, kerana tiga anak penulis bekerja pada syarikat-syarikat yang berlokasi di luar negara, manakan tidaknya, selepas bertahun-tahun menembah ilmu dalam bidang profesional daripada universiti bukan calang-calang ranking di dunia, apabila pulang ke tanah air, hanya diberi upah kurang RM2000 sebulan, itupun terpaksa menunggu lama, sebelum merasakan hasil perjuangan mendapatkan ilmu, bersengkang mata, berjauhan dengan keluarga, hanya untuk mendapatkan segolong ijazah.
Menariknya, tawaran gaji di luar negara bukan hanya melibatkan golongan profesional semata-mata malah turut merangkumi pelbagai sektor termasuk sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).
Trend bekerja di luar negara itu dijangka akan terus meningkat pada masa yang akan datang memandang demand daripada negara-negara luar cukup tinggi. Jadi situasi itu sudah tentu membuka peluang dan ruang kepada rakyat di negara ini untuk bekerja di luar negara.
Kelembaban membuka peluang-peluang pekerjaan dalam negara, selain, enggannya syarikat-syarikat memberi imbuhan atau gaji lumayan, bukan sahaja merugikan negara daripada segi bakat modal-modal insan, akan tetapi negara akan kehilangan comparative advantange dalam penyediaan pekerja mahir dan berpengalaman.
Di lain pihak pula, syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan, para CEO hanya memanaskan kerusi, mununggu hujan daripada langit, bagaikan pahat dengan tukul, hanya bergantung pada dasar-dasar yang dicetuskan oleh ahli-ahli politik, bukannya sebaliknya, melalui penyediaan kertas-kertas cadangan yang proktif, mempunyai kebolehlaksanaan yang tinggi, praktikal, dan mempunyai masa depan yang positif dan cerah, dalam peningkatan ekonomi, dan pembukaan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.
Para CEO atau pengarah-pengarah urusan syarikat berkait kerajaan, mengisi masa mereka membodek para ahli politik, semata-mata untuk kekal pada jawatan masing-masing, bukannya kekal kerana pencapaian dan merit.
Mereka ini, diharapkan mengerti gesaan tersirat daripada Ketua Menteri Sabah, bahawa setiap syarikat atau badan berkanun berkaitan kerajaan, hendaklah membayar tidak kurang RM1juta dividen pada kerajaan setiap tahun. Maksud tersurat gesaan tersebut, para CEO, perlu berfikir, bertindak diuar kotak, dan perlu keluar daripada comfort zone, bukannya hanya memanaskan kerusi, hujung bulan menerima elaun/gaji yang cukup lumayan.
Pada syarikat-syarikat tempatan atau dalam negara lah, terletaknya, tugasan untuk menghalang trend penghijaraan modal-modal insan ke luar negara.
Di peringkat negeri Sabah, trend membendung penghijarhan modal-modal insan yang berkelayakan profesional, dilaksanakan, satu demi satu, langkah demi langkah, misalanya menerusi pengambilalihan kuasa kawal selia perbekalan elektrik dan Gas Negeri Sabah. Bukan sedikit peluang pekerajaan yang diwujudkan, bukan sedikit peluang perniagaan tersedia bagi modal-modal insan atau anak-anak Sabah dalam sektor ini. Kudos pada Kerajaan GRS-BN Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
No comments:
Post a Comment