Kerana menganggap zalim, maka menembak merata dengan peluru kapor, termasuk menggunakan nama Allah SWT, sambil meminta supaya Allah SWT menurunkan bala pada mahkluk terbaik ciptaanNya.
Hampir 4 tahun membawa rakyat berkelana dengan imej tidak bersalah, selain mencipta kejayaan apabila dapat mengubah sesuatu yang memalukan pada masa lalu, menjadi suatu norma baharu yang tidak lagi memalukan.
Apabila sampai ke destinasi penentuan, tergambar sekali, baik daripada segi gerak badan, pendekatan - penyesalan yang amat ketara, bagaikan tindakan perogol menikmati klimaks 5 minit, tanpa terfikir hukuman berat menanti, bukan sahaja penjara berpuluh tahun akan tetapi sebatan berpuluh kali.
Mempertikai hakim yang menghukum, kerana wang masuk akaun, dibelanjakan, tanpa mencari tahu sumber wang, tanpa penyesalan menggunakan wang tersebut, sehingga akaun ditutup, menunjukkan, pengetahuan tertuduh mengenai wang itu. Alibi baki wang daripada “arab” yang telah dikembalikan, sedangkan apabila diambil kira wang “arab” yang dikembalikan, baki dalam akaun, sedikit sekali jumlahnya, sebelum kemasukan RM42juta.
Data bank tidak berbohong, itu lah fakta yang dibentangkan di hadapan hakim yang mensabitkan kesalahan, yang gagal disanggah OKT.
Money Trail jelas bersumber daripada SRC yang disalurkan ke pelbagai akaun lain untuk menghapus jejak, dan money trail tersebut, tiada keterkaitan dengan MayBank yang pernah menjadi majikan hakim yang menghukum, yang telah meletakkan jawatan apabila menyertai badan kehakiman, dan jauh sebelum kes SRC timbul, apatah lagi semasa OKT dituduh di mahkamah.
OKT berpendapat dengan menyerang hakim yang menghukum, maka mahkamah mempertimbangkan isu teknikal, atas sebab OKT membangkitkan konflik kepentingan, sedangkan fakta menunjukkan tidak berbangkit langsung faktor tersebut.
Tugasan OKT yang mahu membersihkan nama, adalah menyanggah fakta pertuduhan dengan alibi berasaskan fakta, bukannya mempertikai hakim yang mendapati semua alibi yang digunapakai tiada merit atau sama sekali tidak menimbulkan keraguan munasabah. Bukan seorang hakim yang mendapatinya, melainkan 4, di dua mahkamah yang berbeza.
Pada selasa (esok) 23 Ogos, peluang OKT 50:50, samada 5 panel hakim membuat keputusan terus, atau pun, menangguhkan..jika menangguhkan, maka, untuk sementara OKT masih boleh bernafas lega, boleh lagi meratib pengakuan tidak bersalah, boleh lagi menunjukkan imej tidak melakukan sebarang kesalahan. Akan tetapi, jika mahkamah membuat keputusan, maka berasaskan hujah terakhir pendakwaraya, mengekalkan sabitan mahkamah tinggi yang dipersetujui mahkamah rayuan, akan juga dikekalkan oleh 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara.
Kebarangkalian memutuskan terus atau menangguhkan, mempunyai peluang yang sama, berdasarkan kata-kata akhir Ketua Hakim pada jumaat “Kita Tengok Hari Selasa” ringkas yang membawa pengertian, memutuskan atau menangguhkan.
Dipihak OKT, memang terasa sangat bahangnya, apabila sekali lagi melakukan sumpah mubahalah/laknat, termasuk meminta Allah SWT menimpa bala atau laknat pada mereka yang menyebabkan sabitan kesalahan.
Menempa neraka bukan lah pilihan para Yang Arif, mereka hanya bertugas mentafsir undang-undang, menenggaknya, dengan seadil-adilnya, tanpa pilih bulu. Jangan sesekali pertikai kearifan mereka, kerana mereka juga manusia yang memilih yang baik-baik, jauh sekali bertindak zalim.
No comments:
Post a Comment