Saturday, July 16, 2022

TEMA HARI BELIA KEBANGSAAN TAHUN 2022 – INI MASA KITA- ADA MAKSUD TERSIRAT

TEMA hari belia kebangsaan tahun 2022, INI MASA KITA, secara langsung merujuk, bahawa pemerintahan negara menuju era baharu, selepas era lama telah tamat pada tahun 2018, dan era cacamarba berlabuh selepas parlimen ke-14 berakhir.

Isyarat yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Noor semasa perasmian hari belia kebangsaan di Pekan Tuaran, Sabah yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, ini masa kita untuk bersama-sama membangun negara demi kesejahteraan dan kemakmuraan bersama, adalah isyarat bermulanya pengelibatan secara serius generasi pelapis dan penerus.

PRU-15 dilihat akan bermulanya pemerintahan era baharu negara, apabila undi-18, pengundi generasi muda pasca kemerdekaan, mengisi sebahagian besar daftar pengundi.

Ada lah diharapkan, pada PRU-15, mereka yang terpalit berbagai isu moral, termasuk salah guna kuasa dan rasuah jika masih dicalonkan, ditolak, agar tidak lagi menjadi kudis, tidak lagi mencetus imej negatif dan buruk pada negara.

Kuasa ditangan pengundi. Sekuat mana pun sayangkan sesebuah parti, jika tidak berubah, dan masih mengekalkan pemimpin yang memberi imej negatif pada negara serata dunia, maka tolak lah, agar mereka dapat menghabiskan sisa kehidupan mendekati Maha Pencipta. Setidak-tidaknya, itu lah mesej tersirat pada Tema Hari Belia Kebangsaan tahun 2022.

Pada generasi penerus lah negara ini diserahkan dan dicatur menuju kesejahteraan dan kemakmuraan bersama. Sementara yang lama pula, terus menjadi penasihat, sumber rujukan untuk memandu arah.

Dunia semakin semakin canggih, apatah lagi telah memasuki alam teknologi dan digitalisasi, maka generasi yang lahir bersamanya perlu maju ke hadapan bagi menghadapinya.

No comments:

Blog Archive