Saturday, July 30, 2022

TAKTIK NAJIB GANTI PEGUAM TANGGUH RAYUAN SRC GAGAL

PADA 25 julai, Datuk Seri Najib Razak menulis surat pada pendaftar Mahkamah Persekutuan memaklumkan pertukaran peguam mewakili beliau dalam rayuan SRC yang dijadual selama 10 hari bermula 15 Ogos.

Pertukaran itu, ada kaitan penolakan mahkamah menerima QC daripada United Kingdom untuk mengetuai rayuan akhir beliau.

Adalah taktik biasa untuk maksud penangguhan menukar peguam di saat-saat akhir, supaya peguam baharu tersebut memohon menangguhkan pendengaran atau perbicaraan dengan mengemukakan alasan perlu masa meneliti fakta kes berserta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pihak yang diwakili.

Walau bagaimana pun taktik terakhir mantan Perdana Menteri tersebut menangguhkan pendengaran rayuan tidak menjadi apabila mahkamah meneruskan jadual yang telah ditetapkan sebelum ini.

Mantan Perdana Menteri itu sedang merayu sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International.

Taktik memperlambat pendengaran rayuan yang dilakukan Datuk Seri Najib bertolak belakang dengan pendirian beliau selama ini, yang mahu membersihkan nama melalui mahkamah sesegera mungkin.

Taktik memperlambat boleh menimbulkan persepsi sabitan kesalahan sukar diketepikan. Adalah sifat manusia, apabila dipihak yang benar mahukan sesuatu keputusan disegerakan, jika boleh serta merta.

Tiada sesiapa yang mempersalahkan taktik mantan Perdana Menteri itu atas usaha beliau mengelak sabitan kesalahan, malah patut diberikan tabik spring. Atas sebab sesiapa sahaja berada pada posisi beliau, akan bertindak sama.

Dalam kes yang dihadapi Najib, tercermin sangat erti peribahasa BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.

Penulis berpendapat, tiada siapapun terkecuali daripada hukuman, jika melanggar undang-undang. Hukuman merupakan satu pengajaran bagi mereka yang belum melanggar undang-undang. Melanggar undang-undang sepatutnya tidak boleh berlaku, terutama yang membabitkan pemimpin.

Isu SRC adalah sebahagian faktor yang menyebabkan Datuk Seri Najib bersama Barisan Nasional ditolak rakyat pada PRU-14.

Namun, rakyat kini terutama penyokong tegar Umno telah menerimanya sebagai kes terpencil yang hanya membabitkan individu, dan tidak perlu menghukum parti, dengan alasan, untuk apa membakar kelambu,kerana seekor nyamuk.

Lagipun, jikapun Najib masuk penjara, dalam masa sesingatnya, akan diberikan pengampunan,kerana status kayangan beliau. Apabila diampunkan, profile beliau akan kembali seperti  kain putih, bebas kotoran dan noda.

No comments:

Blog Archive