Wednesday, July 20, 2022

SABAH PERLU WUJUDKAN GUDANG /PENIMBAL MAKANAN- ABDUL GHANI

SABAH perlu belajar daripada krisis makanan yang melanda negara, ekoran kesan pandemik Covid-19, selain isu krisis geo-politik kesan perang Russia-Ukarine.

Agar Sabah tidak berhadapan krisis makanan di masa hadapan, ADUN Nabawan- Datuk Abdul Ghani Yassin mencadangkan agar Sabah mengwujudkan Program Gudang Makanan (Food Store Program) atau Stok Penimbal Makanan.

Menurut Ghani, dengan adanya program seperti itu, selain stok makanan terjamin, harga juga dapat dikawal daripada kenaikan.

Ghani merasa terkilan, walaupun Sabah mempunyai tanah luas yang boleh digunakan bercocok tanam untuk menghasil produk berkualiti, akan tetapi Sabah belum mempunyai program seperti itu untuk menjamin bekalan pada 4 juta penduduk negeri.

Adalah malang sekali, sehingga sekarang, Sabah masih mengimport makanan asas seperti sayur-sayuran, beras, ayam, minyak masak, sedangkan jika wujudnya program tersebut, Sabah mampu mengeluarkan keperluan asas tersebut.

Apa yang diperlukan, ada lah komitmen kerajaan untuk melabur dalam industri agro-makanan, termasuk mengusahakan tanah-tanah terbiar milik penduduk, mengikut kaedah Mini Estate Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan pada tanah-tanah komunal.

Memang diakui, sebelum adanya krisis pandemik dan krisis geo-politik, mengimport makanan asas mempunyai comparative advantage, kerana mengimport lebih murah. Pun demikian, tindakan ini merugikan negara daripada segi pertukaran asing.

Sabah perlu mencontohi Indonesia, yang telah mandiri makanan asas, walaupun tanah terhad, akan tetapi negara itu menggunakan tekonologi pertanian, yang memaksimumkan penggunan tanah.

Sabah sebenarnya mempunyai ramai modal insan yang berlatar belakangkan pertanian, walaupun mereka itu sudah mencapai umur persaraan, akan tetapi boleh menyumbang pengetahuan untuk melatih, mereka yang muda-muda termasuk golongan belia.

Sabah kena bertindak, jangan memikirkan sangat berkaitan kos yang bakal ditanggung, kerana ianya berbaloi, untuk jangka masa panjang, termasuk jika berlaku krisis, termasuk perang, yang bakal menyebabkan rantaian bekalan terganggu, seperti mana halnya, terganggunya rantaian bekalan bahan makanan untuk dedak, sehingga menyebabkan bekalan ayam dan telur terganggu termasuk peningkatan harga.

Syogianya, pihak kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan Pengerusi SLDB tersebut, demi keselamatan makanan untuk rakyat Sabah, juga program yang dicadangkan boleh membuka peluang pekerjaan dan perniagaan. Ertinya program seperti mempunyai tujuan serampang dua mata, stok makanan terjamin, lapangan pekerjaan tercipta. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive