Thursday, July 28, 2022

GRS SIAP SEDIA HADAPI PRU-15

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah siap sedia berhadapan PRU-15 yang bakal diadakan tahun ini atau tahun depan.

Tempoh masa setahun, telah menjadi kebiasaan pada mana-mana parti yang menyertai pilihan raya, jentera sudah berada pada gear 3, dan apabila parlimen dibubarkan, gerakan bertukar pada kedudukan gear 5.

Minggu lalu, gabungan tersebut telah mengadakan mesyuarat memperhalusi gerakan dan salah satu gerakan tersebut adalah melalui “roadshow” bermula Ogos ini.

Para penyelaras Parlimen pun sudah dilantik. Menerusi perlantikan tersebut, maka gerakan semakin terarah dan fokus.

Perkara yang diperhalusi, apa kah pendekatan gabungan tersebut berhadapan dengan PRU tersebut, apa kah mengelak pertembungan dengan rakan dalam kerajaan negeri, iaitu BN atau kah sebaliknya.

Isu yang menyelubungi untuk mengelak pertembungan, ada lah keterujaan dan keyakinan BN, khususnya Umno, bahawa penyokong parti itu telah kembali, dan pengundi lain juga turut menyokong.

Di lain pihak pula, GRS bertindak “cool” walaupun secara fakta, hasil keputusan PRN-16 Sabah pada September, 2020, trend dan sokongan pada gabungan tersebut cukup tinggi dan terus menanjak naik.

Para pemimpin GRS, lebih suka turun padang, menyantuni rakyat di kawasan masing-masing, seperti mana kita lihat menerusi perkongsian rakyat di media sosial yang menunjukkan aktiviti pemimpin atau wakil rakyat gabungan tersebut.

Tergambar sangat, sifat para wakil rakyat atau pemimpin gabungan tersebut, tidak suka masuk bakul angkat sendiri, dengan bertindak terbuka, dan menyerahkan aktiviti mereka di kawasan masing-masing dinilai oleh rakyat setempat.

Penulis melihat, rata-rata wakil rakyat atau pemimpin gabungan tersebut, suka berkongsi dengan visi kerajaan, terutama Sabah Maju Jaya, selain program-program, atau bantuan yang memberi manafaat kepada rakyat secara keseluruhan.

Pertanyaan menteri termasuk ketua menteri, apa kah pelajar telah memohon bantuan one-off? Yang disediakan kerajaan untuk mereka, ada lah tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Tindakan Pengerusi Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) yang kerap menghibahkan terus membantu bakal pelajar meneruskan pelajaran, dari segi biasiswa dan bantuan kewangan lain juga jarang berlaku, kerana sebelum ini, para bakal pelajar hanya menunggu iklan, dan kandangkala terlepas pandang, terutama bagi bakal pelajar di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Demikian juga hibaan menteri tugas-tugas khas yang bertanggungjawab terhadap Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), kerap menghibahkan bantuan majlis tersebut terhadap bakal-bakal pelajar yang layak.

Apa yang penulis nampak, rata-rata menteri atau pemimpin gabungan tersebut, dan beberapa menteri parti rakan kongsi juga bertindak sama, suka sangat menyantuni rakyat di kawasan masing-masing, selain rakyat secara umum, terutama berkaitan kementerian dan agensi yang diterajui.

Tindak-tanduk para pengerusi GLC, terutama yang mewakili gabungan tersebut, mempunyai komitmen tinggi bukan sahaja mahu mencapai KPI, akan tetapi lebih daripada itu.

Cadangan Pengerusi SLDB, semasa sidang DUN Sabah pada 18-21 Julai lalu, agar kerajaan mengwujudkan gedung makanan bagi Sabah, untuk menjawab atau mengelak krisis makanan, ada lah satu cadangan yang amat baik. Ertinya, cadangan tersebut mewakili aspirasi gabungan tersebut untuk terus membela kepentingan rakyat.

Bukan sahaja rakyat akan tetapi juga penulis, merasa kagum dengan tindakan Ketua Menteri yang memberi amaran pada syarikat-syarikat dan badan berkanun, agar mencipta keuntungan, dan perlu membayar minima RM1juta dividen pada kerajaan negeri bermula tahun ini.

Tindakan kerajaan sedemikian, menunjukkan komitmen tinggi memajukan dan membangun negeri dan rakyat menerusi visi Sabah Maju Jaya.

Kerana komitmen tinggi tersebut, maka gabungan tersebut telah siap sedia berhadapan dengan rakyat untuk dinilai pada PRU-15, walaupun PRU tersebut tidak mengubah kedudukan kerajaan di peringkat negeri.

No comments:

Blog Archive