Sunday, July 10, 2022

EKONOMI SABAH KEKAL BERDAYA TAHAN- HAJIJI

SABAH mengutip hasil RM5.449 bilion pada tahun 2021, tertinggi sejak merdeka. Sebelum itu, pada era Tan Sri Musa Aman kutipan hasil negeri mencipta sejarah pada tahun 2014, apabila kutipan hasil negeri melepasi angka RM4 bilion, iaitu RM4.541 bilion.

Sabah dibawah teraju Datuk Hajiji Haji Noor telah melancarkan visi Sabah Maju Jaya (SMJ), bagi tempoh masa 2021-2025, dan diperkirakan pada Disember pada tahun terakhir, Sabah akan lepas landas (take-off) menjadi negeri maju.

Walaupun impak pandemik selama 2 tahun, ekonomi Sabah kekal berdaya tahan, hasil daripada strategi dan hala tuju negeri, termasuk meningkatkan aktiviti syarikat-syarikat berkait kerajaan.

Bermula tahun ini, semua GLC dan badan berkanun berkaitan negeri, diwajibkan membayar sekurang-kurangnya RM1juta sebagai dividien kepada kerajaan negeri.

Penulis melihat berbagai aktiviti berkaitan ekonomi, semakin rancak, selepas pembukaan sempadan pada 1 April. Sektor pelancongan yang merupakan the raising sun industry semakin rancak membawa pelancong luar negara ke Sabah, menerusi penerbangan terus daripada berbagai negara,khususnya negara-negara tradisi seperti China, Korea Selatan dan singapura.

Penulis melihat samada Menteri ( Datuk Jaffry Ariffin) mahupun pembantu menteri (Datuk Joniston Bangkuai) begitu gigih sekali menarik pelancong luar ke Sabah. Sektor pelancongan ada salah satu teras dalam visi Sabah Maju Jaya.

Bagi pengamatan penulis, hanya sektor pertanian dan perikanan, kurang menunjukkan kemajuan yang ketara, apabila ditandai, kurangnya produk pertanian, kerana dibuktikan menerusi melambungnya harga bagi sesetengah produk pertanian, akibat kurangnya bekalan. Pun demikian, tidak membawa kesan yang besar pada rakyat secara umumnya, kerana rakyat khususnya di kawasan luar bandar, masih ramai yang berbudi pada tanah, untuk keperluan sendiri.

Walaupun Sabah mempunyai tanah luas untuk pertanian, akan tetapi kemudahan yang menyokong sektor tersebut masih daif, dan sebab itu memerlukan dana yang cukup besar bagi penyediaan pendokong sektor ini, untuk menjadikan pertanian sebagai perniagaan.

Sabah telah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina jelapang padi di Kota Belud, namun, sehingga kini belum menjadi, malah dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Penghalangnya, adalah sumber air. Empangan yang dicadangkan dibina di kawasan Kedamaian sedikit masa lalu, terpaksa dibatalkan, kerana hasutan pemimpin politik, sehinggakan penduduk kawasan tersebut membantah beramai-ramai.

Kini, kawasan pertanian khususnya untuk penanaman padi berdepan dengan masalah, apabila hujan,maka banjir, kerana impak gempa bumi Ranau tahun 2016, yang menyebabkan sungai Kedamaian dan Tempasuk menjadi cetek.

Walaupun menerusi SMJ, sektor pertanian juga salah satu teras, akan tetapi, hanya sektor perladangan yang bakal menyumbang pada kejayaan SMJ.

Penulis melihat, kejayaan SMJ, sebahagian besarnya didokong, industri pelancongan, perindustrian, pembangunan hartanah, dan minyak & gas.

Penulis berpandangan selagi kerajaan dapat fokus pada hala tuju Sabah, tanpa gangguan politik, Sabah boleh menjadi negeri maju.

Mungkin atas sebab itu, Ketua Menteri apabila ditanya berbagai pandangan berkaitan politik, memilih fokus berkaitan kemajuan dan pembangunan negeri, khususnya untuk mencapai visi Sabah Maju Jaya.

Keutamaan kerajaan GRS-BN Sabah, adalah untuk terus mengekalkan ekonomi negeri terus berdaya tahan.

No comments:

Blog Archive