Monday, April 04, 2022

HIPOKRITNYA KITA

RAMAI juga menjadi tidak siuman, apabila mendengar komen seorang Prof universiti awam, kerana merasa dimain-mainkan oleh seorang pelajar, hanya isu laptop.

Laptop atau komputer, adalah keperluan wajib bagi pelajar kejuruteraan, sebagai pemudah cara pembelajaran.

Bayangkan seorang pelajar semester V, tiada laptop, sedangkan jika pelajar itu peka terhadap keperluannya, tidak perlu lah menunggu sehingga berlakunya “encounter” dengan pensyarahnya.

Neitzen menjadi tidak siuman, bukannya kerana jerkahan pensyarah tersebut, akan tetapi, nota kaki yang diucapkan berkaitan golongan B40. Jerkahan itu dianggap menghina golongan yang mewakili 40% rakyat negara ini.

Penulis merasa pelik, mengapa kah yang menjadi tidak siuman itu menyanjung mereka yang “makan” wang golongan tersebut? Sepatutnya mereka ini perlu marah, kerana hilang peluang mendapatkan hak masing-masing.

Penulis tertanya-tanya, begitu teruk kah tahap hipokrit kita? Atau kita sudah sampai pada tahap, tidak dapat membezakan antara baik dan buruk!!!. Mungkin juga YA, kerana dalam arena poiltik kita, mereka yang terpalit isu moral disanjung, manakala yang tidak ditolak ke tepi.

No comments:

Blog Archive