Sunday, March 20, 2022

UMNO TERKUAT ANTARA PARTI-PARTI

SUDAH menjadi adat pada pilihan raya, parti yang terkuat antara parti-parti yang bertanding, maka akan menang.

Tidak kira lah, berapa banyak undi yang diperolehi, asalkan mereka yang mengundi sesebuah parti itu lebih ramai berbanding parti-parti lain.

Selain itu, kaedah pengiraan undi di negara kita menggunapakai sistem First Past The Post (FPTP), maknanya, mana-mana parti yang mendapat undi terbanyak, maka diistiharkan sebagai pemenang.

Dalam sistem FPTP, tidak menggunapakai, undi popular, atas sebab itu, walaupun sesebuah parti yang mendapat undi 35 peratus, akan tetapi kerana undi itu bulat pada parti itu, apabila diterjemahkan pada jumlah kerusi, boleh mencapai lebih 60 peratus daripada jumlah yang dipertandingkan.

Pada PRN Melaka, BN mendapat 38 peratus undi popular, apabila diterjemahkan pada kerusi, bersamaan 75 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan; demikian juga pada PRN Johor, undi popular BN kurang 45 peratus, apabila diterjemahkan pada jumlah kerusi, parti itu menang 71.43 peratus kerusi daripada yang dipertandingkan.

Pada PRU-15 adalah dijangka bahawa trend pengundian akan menyerupai seperti mana berlaku pada PRN Melaka dan Johor, maka Umno dan BN bukan sahaja yakin, akan tetapi, pengamat pun apabila mendarap-mencongak, tidak dapat menafikan, bahawa Umno dan BN akan menang besar.

Adalah mencukupi bagi Umno dan BN mendapat undi seperti mana pada dua PRN negeri yang dimenangi parti itu secara mutlak, walaupun jumlah itu, jauh mewakili suara majoriti rakyat negara ini.

Pada PRU-15, apa yang berlaku pada PRU-14 terlalu sukar untuk berulang, jika pun berlakunya pengembelingan kekuatan oleh parti-parti pembangkang, pengundi akan terkenang, manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan swing votes pada pakatan tersebut, bahawa manifesto bukan kitab suci.

Selain itu, pengundi juga, sudah dapat merasakan tiga bentuk pemerintahan, dan mendapati bahawa pemerintahan Umno dan BN adalah yang terbaik.

Pendekatan kepimpinan Umno dan BN yang gemar menyantuni rakyat, adalah pendorong, mengapa sebahagian rakyat terkenang kembali suasana itu. Berbeza dengan pendekatan parti-parti lain, apabila kuasa diperolehi, terlupa sudah bumi dipijak.

Penulis melihat, Umno dan BN akan kembali sebagai parti dominan dalam politik negara, seperti mana berdekad lalu. Kekalahan pada PRU-14, telah membuka mata semua pemimpin, agar kembali pada perjuangan asal, dan pada masa yang sama perlu menyesuaikan diri dengan perubahan untuk kekal relevan.

No comments:

Blog Archive