Saturday, March 19, 2022

DI SEBALIK LAUNGAN- KAMI MAHU PRU-15 SEGERA

PEMIMPIN mana atau penyokong mana tidak bersemangat, apabila mencapai kemenangan mutlak pada dua PRN yang membabitkan negeri, bukannya pilihan raya kecil!!!.

PAU kali ini, tergambar sangat semangat luar biasa para pemimpin dan perwakilan, berbanding tahun-tahun selepas 2018.

Ucapan Presiden parti yang begitu bersemangat, dengan dua intipati, biarkan Presiden dan Timbalan menjaga parti, manakala Naib Presiden yang juga Perdana Menteri menjaga kerajaan. Pemimpin yang menjaga parti perlu seiring jalan dengan pemimpin yang menjaga kerajaan, sehinggalah tiba PRU-15.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mengambil jalan tengah, antara kemahuan para perwakilan, termasuk sesetengah pemimpin berkaitan desakan diadakan PRU-15 dengan segera, bahawa apapun kehendak parti, tidak akan dapat melangkaui kuasa Yang DiPertuan Agong (YDPA) berkaitan pembubaran parlimen (dewan rakyat).

Tidak dapat dinafikan, jika ikut didarab dan congak, Umno dan BN memang boleh menang besar. Bukanlah disebabkan  seluruh rakyat negara ini mahukan mereka kembali berkuasa, tetapi mereka tidak ada pilihan lain.

Mereka melihat pembangkang kucar kacir. Tidak ada orang yang boleh gembleng kekuatan pembangkang macam Tun Dr Mahathir buat sewaktu PRU14.

Pun demikian walaupun diselebungi keterujaan, penulis ingin mengibau para pemimpin dan perwakilan Umno, walaupun tersangat yakin bahawa Umno dan BN akan kembali berkuasa, jangan sekali lupa mengangkat penderitaan rakyat impak pandemik Covid-19.

Dua tahun, berlakunya pandemik Covid-19, bukan sahaja menghakis simpanan hari tua bagi mereka yang mempunyai simpanan dalam KWSP, akan tetapi, sungguh ramai rakyat yang terkesan, termasuk kehilangan pendapatan.

Rakyat negara ini, memang sesetengahnya dirundung malang, selain impak pandemik Covid-19, akan tetapi juga musibah lain akibat bencana alam, seperti banjir besar, selain musibah kemalangan, seperti kebakaran yang membabitkan rumah-rumah penduduk, bukan hanya satu, akan tetapi ratusan rumah-rumah terlibat.

Sudah lah berbagai musibah melanda, rakyat juga berhadapan dengan peningkatan harga barangan keperluan harian, malah keperluasan asas seperti minyak masak bersubsidi, jarang didapati di pasaran, tetapi barang sama didapati di kedai-kedai runcit di negara jiran.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih belajar, selain keperluan membayar top-up internet, juga terpaksa menanggung test kit Covid-19, menambah beban kewangan yang sudah pun berkurangan dengan teruk sekali. Selain itu, kos-kos yang ditanggung tersebut, bayaran bil elektrik juga terus meningkat, kerana sebahagian besar penghuni terperuk di kediaman masing-masing, akibat kurangnya aktiviti luaran, impak pandemik Covid-19.

Pada mereka yang ingin sangat mendapat kuasa daripada rakyat, jangan sekali lupa, penderitaan yang sedang diharungi rakyat.

No comments:

Blog Archive