Thursday, March 24, 2022

SABAH MAJU JAYA- LANDASAN MASA DEPAN SABAH

SEMINGGU lagi, tepatnya 29 Mac,2022,  Sabah Maju Jaya (SMJ) genap setahun.

SMJ adalah visi kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sehingga tahun 2025.

Strategi-strategi yang telah diperinci dan dilaksanakan melalui halatuju tersebut, adalah landasan untuk Sabah lepas landas (take off) menjadi negeri maju.

Meminjam kata-kata Datuk Seri Hajiji Haji Noor, sebagai Ketua Menteri kerajaan GRS, tidak akan selamanya memegang jawatan tersebut, dan tiba masanya akan bersara. Akan tetapi, visi SMJ akan terus menyemerakkan kemajuan dan pembangunan demi rakyat dan negeri.

Harapan menerusi SMJ, semua rakyat, tanpa mengira latar belakang, agama dan fahaman politik perlu bersatu hati menjayakan visi tersebut, kerana ianya adalah asas kukuh untuk menjamin masa depan rakyat yang lebih baik.

Melalui SMJ, telah mengenal pasti potensi sebenar Sabah, yang dibahagikan pada 3 teras utama, iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

Apabila teras-teras ini berjaya digerakkan secara optima, harapan kerajaan, selain meminimumkan jumlah rakyat miskin akan tetapi juga mengecilkan jumlah penganggur.

Apa yang perlu dalam menjayakan visi ini, adalah kestabilan politik, dengan erti kata lain, kepimpinan yang menerajui kerajaan perlu berterusan, tanpa diganggu oleh pertukaran kerajaan, kerana tersangat jelas, pertukaran kerajaan yang kerap di masa-masa lalu, menjadi faktor utama, mengapa kemajuan negeri dan rakyatnya terbantut.

No comments:

Blog Archive